Selasa, 24 April 2012

Buat warga HEWISMA PRISMA tersayang...


PILIHAN RAYA TERAKHIRku DI BUMI MAFRAQ…

Hari pembuangan undi semakin dekat,kempen-kempen sudah kedengaran,persaingan semakin sengit dan hangat khusus pada kerusi KETUA HEWI PRISMA..Masya Allah semua calon-calon yang dipilih hebat dan mantop belaka,masing-masing ada kelebihan dan potensi diri..Namun untuk kali ini saya ingin berkongsi sedikit tips dalam memilih calon sepanjang pemerhatian keberadaan di sini hampir 5 tahun,dan sedikit pengalaman yang Allah izinkan untuk menggalas “amanah” di dalam persatuan.

Allah berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (kami) kepada langit dan bumi serta gunung ganang (untuk memikulnya),maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya.Ingatlah sesungguhnya tabiat manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan..” ayat:72  (surah al ahzab)

AMANAH-DARI ALLAH
Ayat di atas menunjukkan kepada kita bahawa amanah itu sangat “besar tanggungjawabnya” sehinggakan bumi,langit,serta gunung ganang tidak mampu untuk memikulnya malah menolaknya,dan pada akhirnya di berikan kepada “ Manusia” untuk memikulnya,subnallah.Amanah itu luas skopnya,amanah seorang suami sebagai ketua keluarga,amanah seorang ayah dalam menjaga dan memandu keluarga menuju syurga Allah,amanah seorang pelajar dalam menuntut Ilmu,dan begitu juga amanah seseorang yang di pilih oleh Allah melalui perantaraan manusia untuk menjadi “Pemimpin kepada rakyatnya” dan lain-lain.

HEWISMA
HEWISMA  pada pemahaman saya,merupakan  satu KOMUNITI khusus untuk HEWI mempunyai MATLAMAT dan TUJUAN yang “BESAR DAN PENTING”
1)      Memberi fokus dan keutamaan dalam pembentukkan AKADEMIK yang CEMERLANG, AKHLAK dan SAHSIAH yang MULIA.
2)      Memartabatkan HAK-HAK akhawat.
3)      KEBAJIKAN akhawat di UTAMAKAN.
4)       Membincangkan isu-isu berkaitan akhawat serta  menyatakan SUARA akhawat.
5)      Mempunyai PENDIRIAN dan  KETEGASAN dalam mempertahankan MARUAH akhawat,dan sebagainya.

CIRI-CIRI PEMIMPIN
Calon-calon yang bertanding kali ini kesemuanya mempunyai kelebihan dan karisma yang tersendiri,dan tak di nafikan ada juga kelemahan dan kekurangan pada diri calon.Namun perlu di ingat dalam pemilihan calon sebelum mengundi,”Adakah kita memilih calon kerana Nafsu atau panduan Iman”? sama juga kita benci sikap kawan kita kerana Nafsu atau Iman?ini perlu di jelaskan dahulu dalam kotak fikiran kita,kerana 2 eleman tadi (nafsu dan iman) akan mempengaruhi dalam kita membuat keputusan dan tindakan dalam kehidupan kita.

Pemilihan calon untuk semua kerusi khususnya KETUA HEWI yang mengandungi skop yang luas,apa yang saya nak fokus dan penting adalah:-

1)  memiliki sikap IKHLAS SERTA LILLAHI TA’ALA dalam setiap tindakan,bukan kerana  POPULARITI,JAWATAN,PUJIAN DAN PENGHARGAAN MANUSIA- FAHAM,JELAS,BERTINDAK merialisasikan matlamat HEWISMA

2)  BERFIKIRAN TERBUKA,POSITIF,kreatif,berlapang dada menerima kritikan,jiwa besar,berpandangan jauh,DISIPILIN DIRI DAN MASA,BERSIKAP ADIL PADA SEMUA ORANG TIDAK MEMILIH BULU ATAU TEMAN RAPAT,BERANI MENEGUR KEMUNGKARAN DENGAN APA BENTUK USAHA SEKALIPUN,BIJAK BERKOMUNIKASI,LEMAH LEMBUT  DAN TEGAS DALAM PERKARA YANG PERLU.BERSUNGGUH –SUNGGUH DALAM PELAJARAN,IHTIMAM PADA ILMU SERTA MENYUBURKAN BIAH ILMU DI KALANGAN AHLI.

3)  KEMATANGAN dalam BERTINDAK dan mengendalikan masalah berkaitan akhawat serta membuat setiap keputusan demi kebaikan ahli-ahli-ADA PENDIRIAN DAN PRINSIP HIDUP,SERTA JATI DIRI YANG KUAT tidak mudah lemah atau mengikut ARUS dan menyerah kalah dalam sesuatu masalah =MAMPU DAN BERANI MELONTARKAN SUARA DAN PENDAPAT dalam memperjuangkan isu-isu berkaitan akhawat
 
4)  Menjadi ROLE MODEL atau CONTOH TERBAIK kepada ahli-ahli,khususnya “SAHSIAH DIRI,AKHLAK”SEPERTI FAHAM DAN JELAS,TENTANG “MUAMALAT DAN BATAS-BATAS DALAM PERGAULAN ANTARA  LELAKI DAN PEREMPUAN BUKAN MAHRAM”DALAM IBADAH,dan lain-lain= Menjadi ORANG TENGAH DAN TIDAK TERBURU-BURU MEMBUAT KEPUTUSAN SERTA TIADA SIKAP“MUDAH MELABELKAN INDIVIDU2 TANPA USUL PERIKSA”dalam menyelesaikan sesuatu masalah, yang tidak memihak kepada mana-mana dalam membuat KEPUTUSAN sebelum mengetahui  hal sebenar daripada “mulut ahli-ahli yang terlibat”

5)  TURUN PADANG dan ZIARAH ahli-ahli,berRAMAH MESRA RAKYAT,tidak perlu MENANTI AHLI DATANG MENGADU KEPADA KITA,TETAPI PEMIMPIN HARUS MEMULAKAN DAHULU,KERANA PEMIMPIN  DI BERI AMANAH UNTUK MENJAGA KEBAJIKAN AHLI,bukan jawatan itu untuk dibanggakan dan hanya atas dasar NAMA SAHAJA,MEETING untuk membanyakkan kuantiti PROGRAM TAHUNAN SAHAJA,apa yang jauh lebih penting adalah KEBERSAMAAN dan KECAKNAAN  BERSAMA AHLI.= JANGAN ADA SIKAP BAJET BAGUS,lihat oranglain sahaja yang kurang dan lemah tapi lupa koreksi diri sendiri.-tarbiyah seiring diri DAN BOLEH MENTARBIYAH DAN DI TARBIYAH.

**CIRI-CIRI diatas sebagai kayu ukur sahaja,bukan bermakna WAJIB setiap calon ada ciri-ciri tersebut,namun kita memandangnya dari sudut positif dan mampu kearah menjadi PEMIMPIN yang BAIK khususnya,kepada seluruh mahasiswi amnya.KITA SEMUA ADALAH PEMIMPIN,pemimpin kepada diri sendiri,khalifah diatas muka bumi ALLAH,dll


KERUSI KETUA HEWI


Merupakan “tempat” yang sangat penting dalam merealisasikan visi dan misi di atas tadi,kerana ia adalah AKAR kepada dahan-dahan yang lain.Apa yang lebih penting dalam menerajui kepimpinan adalah membawa matlamat yang paling penting,memandu  “rakyatnya” kepada TAQWA kepada ALLAH dalam menuju SYURGA ALLAH,

Jawatan bukan untuk bersuka ria,bukan hanya meeting,buat kertas kerja,laporan,matang dalam berfikir dan menyelesaikan masalah,pandai bercakap atau berhujjah,mesra rakyat,popular sahaja,semua itu adalah SAMPINGAN dan NILAI TAMBAH YANG PENTING YANG HARUS ADA BAGI SEORANG PEMIMPIN dan BOLEH DI UBAH BUKAN PERKARA YANG QOTH’(TIDAK BOLEH DI UBAH).

Malah apa yang JAUH LEBIH PENTING  adalah CALON yang mampu“Menarik JIWA-JIWA rakyatnya lebih takutkan ALLAH dalam membuat kemungkaran,membentuk peribadi muslim yang mulia,akhirnya membawa kita menuju ke SYURGA ALLAH BERSAMA-SAMA dan INSYA ALLAH HEWISMA yang bakal di terajui akan terus gemilang pada PANDANGAN ALLAH dan melahirkan generasi MUTTAQUN DAN RABBANI,amin ya rabbal alamin,ITU WAWASAN DAN CITA-CITA KITA BERSAMA bukan hanya memfokuskan peningkatan kuantiti program tahunan,membiarkan sahsiah tarbiyah ahli terkebelakang dan merosot TETAPI membangunkan jiwa-jiwa ahli  lebih dekat dengan PEMILIK NYAWA KITA,ALLAH AR RAHMAN.

**Dan apabila diGABUNGKAN CIRI NILAI TAMBAH +APA YANG LEBIH PENTING=melengkapkan ciri pemimpin itu,manusia tidak ada yang SEMPURNA,namun kita di tuntut BERUSAHA KEARAH KESEMPURNAAN  ITU.

KHULASAH

Akhir kata,pilihlah calon-calon yang terbaik dengan pilihan IMAN bukan kerana NAFSU dan TERIKUT-IKUT dengan KAWAN-KAWAN,kita mampu berfikir untuk membuat keputusan,kalau tidak tahu tentang calon bukan hanya mendiamkan diri dan ambil sambil lewa,gunalah segala peluang yang ada melalui senior,kawan sebilik,dan lain-lain yang TAHU latar belakang calon-calon dan LIHAT  apa AGENDA dan MANIFESTO yang calon tersebut ingin bawakan itu yang lebih penting.
Harus di ingat dalam berkempen jangan sampai bermasam muka,tak bertegur sapa,menyuburkan sikap benci membenci antara satu sama lain,berindak mengikut EMOSI semata-mata,menyebarkan keburukan,aib dan fitnah pada calon,selidiki sesuatu berita samada benar atau palsu-rujuk ayat 6,surah alhujurat.


LARANGAN MENYEBARKAN AIB ORANG

Firman ALLAH yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman!Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain,(kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain kerana harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan KEAIBAN setengahnya yang lain…..” ayat:11 (surah alhujurat)

“Wahai orang-orang yang beriman!Jauhilah kebanyakan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari SANGKAAN itu adalah DOSA dan janganlah kamu mengintip atau MENCARI-CARI KESALAHAN DAN KEAIBAN ORANG DAN JANGANLAH SETENGAH KAMU MENGUMPAT SETENGAH YANG LAIN,adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?jika demikian keadaan mengumpat maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.Oleh itu patuhilah LARANGAN-LARANGAN yang tersebut dan bertaqwalah kepada Allah…”Ayat:12 (surah alhujurat)

itu semua bukan menunjukkan MINDA SEORANG YANG BERGELAR MAHSISWI,suburkan semangat kempen yang SIHAT,POSITIF,MENYEBARKAN YANG BAIK,MENGERATKAN LAGI  SILATURRAHIM ANTARA KITA,itu yang patut di amalkan,HENTIKAN sikap suka BERSANGKA-SANGKA BURUK di kalangan kita,jangan cepat menuding jari pada oranglain,membuat rumusan tanpa usul periksa.Tahap mahasiswa bukan tahap level pemikiran “kebudak-budakan” tetapi kedewasaan dan kematangan dalam berfikir dan bertindak dengan akal yang waras bukan EMOSI.

Perkongsian di atas adalah sedikit cadangan kepada warga HEWISMA,bertujuan memberi sedikit “kayu ukur” dalam membuat keputusan penting memilih PEMIMPIN kita,ianya terbuka kepada hewi untuk berfikir,tiada PAKSAAN untuk BERSETUJU SELURUH CADANGAN DIATAS,dan sememangnya terdapat KEKURANGAN DAN KEDHOIFAN DIRI dalam melontarkan cadangan.Apa yang saya inginkan kita semua mampu menilai dan membuat keputusan dengan nilaian IMAN dan AKAL yang BIJAK.Segalanya terletak di tangan ANDA!CADANGAN INI MEWAKILI DIRI SAYA SENDIRI,TIADA KAITAN DENGAN INDIVIDU LAIN,SEKIAN.

JUTAAN KEMAAFAAN ANDAI ADA POINT YANG MENYAKITKAN HATI,DAN JAUH SEKALI NIAT SAYA UNTUK MENCETUSKAN PERKARA YANG TIDAK BAIK,ANDA ADA HAK UNTUK MENERIMA DAN MENOLAK SEGALA CADANGAN SAYA DI ATAS.DAN SAYA TIADA HAK UNTUK MEMAKSA KALIAN MENERIMA CADANGAN SAYA.APA YANG BAIK ITU DATANG DARI ALLAH,DAN APA YANG DHOIF LEMAH ITU DATANG DARIPADA KEKURANGAN DIRI SAYA SENDIRI.WALLAHUA’LAM.

Yang cintai warga HEWISMA kerana ALLAH,
Mem bakso cinta kasih.

Ahad, 15 April 2012

ya ukhti muslimahku...


wahai muslimah...
kita dijadikan dengan begitu hebat
sehingga kan terdapat satu surat 
didalam al-quran khusus buat wanita
surah an nisa'

wahai muslimah solehah...
bersama kita berusaha menjadi bidadari dunia
srikandi hebat pandangan ALLAH
memiliki akhlak terpuji,berbudi bahasa,
kebijaksanaan dalam ilmu agama,
ketegasan dan kekuatan diri dalam 
mempertahankan diri dan maruah agama
jangan mudah di perdaya
jangan mudah tertipu dengan DUNIA..
ikutilah role model srikandi terulung kita
sayyidatina Khadijah r.a
sayyidatina Aisyah r.a
sayyidatina Fatimah r.a
dan srikandi yang lain...

muslimahku..
cantiknya dirimu
adalah indahnya akhlakmu
bijaknya akalmu
adalah pintarnya dirimu 
menjaga diri dan maruahmu
lantangnya percakapamu
adalah bijaknya dirimu berhujjah 
dalam perkara agama dan ilmiah
hidupmu padat 
dengan jadual akhirat

muslimahku sayang..
tugas kita amat besar kepada ummah
sebagai anak
sebagai isteri
sebagai ibu
sebagai nenek
gunakan peluang amanah ini
seterbaik mungkin
sesempurna mungkin
untuk berbakti demi ISLAM..

ummu mujahid
15042012
23 jamadil awwal 1433H
bayt kauthar,
hamra',mafraq

Sabtu, 14 April 2012

TEMUDUGA KERJA..APA KEJAYAANNYA??

Menurut statistik undian yang dikumpulkan di web ini. Kelihatan jelas bahawa pelawat web zaharuddin.net kebanyakannya adalah golongan muda berumur 22- 30 tahun, lelaki dan wanita.
 
Temuduga Takut @ Seronok?
Pada hemat saya, adalah amat baik jika saya memberikan sedikit manfaat berkenaan kemahiran temuduga buat pengunjung terutamanya bagi mereka yang masih dan sedang bergelumang dengan dunia mencari pekerjaan dan temuduga.
 
Berdasarkan puluhan sesi mengendalikan temuduga semasa bertugas di industri korporat dan juga beberapa pengalaman rakan-rakan yang lain. Alhamdulillah, saya terlibat sebagai panel untuk menemuduga calon-calon yang punyai keputusan cemerlang seperti CGPA 3.5 ke atas, 'Mumtaz', 'First Class', 'Distinction' dan sebahagiannya mempunyai Ijazah Sarjana.
 
Malangnya, banyak kali saya dan rakan-rakan di sektor swasta dapati individu yang mempunyai kelayakan akademik cemerlang di Universiti tetapi ianya tidak banyak membantu calon semasa temuduga.
 
Saya bimbang degan fenomena kegagalan sistem peperiksaan di Universiti yang gagal melahirkan seorang yang kreatif, beryakinan serta berbakat. Selain dari pengalaman saya sendiri dan juga apa yang kerap saya dengari dari rakan-rakan, ada graduan cemerlang yang seperti 'batu' semasa interview dan ada juga yang langsung tidak mampu menjawab soalan panel yang berbentuk ujian emosi dan kreativiti menjawab. Mungkin kerana soalan itu tiada dalam silibus buku mereka agaknya.
 
Saya bimbang, munculnya graduan yang cemerlang atas kertas kerana kecekapannya menghafal silibus sahaja. Akhirnya, sekali dicuba di alam realiti, tersungkur jatuh dengan sekali cubaan sahaja. Kerana itu, bagi saya soalan peperiksaan perlu diolah dalam bentuk yang lebih praktical dan mementingkan kefahaman berbanding hafalan semata-mata.
 
Tidak dinafikan kita inginkan pelajar menghafal, tetapi adalah hafalan berserta kefahaman sehingga bila dibawakan satu soalan dan situasi mencabar, ia mampu menjawab dan mengadaptasikan formula hafalannya dalam konteks semasa. Mampu memperkembangkannya dan bukannya hafalan kosong.
 
Jika anda bagaimana seorang tukang masak biasa menjadi Chef yang hebat. Jawabnya, adalah dengan mempelajari dan menghafal resipi asal dari seorang guru, kemudian mencuba dan mempelbagaikan ramuan sendiri. Akhirnya lahirlah resipinya sendiri dan rasa tersendiri. Resipi asal hanya menjadi titik mula untuk menjadi kreatif. Itulah nilai tambah yang dikehendaki dalam proses menuntut ilmu. Iaitu memperkembangkan ilmu.
 
Mungkin kerana itu, pendedahan berpersatuan dan berprogram di universiti amat penting dalam pembentukan graduan yang cekap dan kreatif dalam menangani masalah dan soalan-soalan panel temuduga.
 
Melalui tulisan ringkas ini, saya akan cuba mencoretkan beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian oleh seseorang calon temuduga. Sudah pasti bukan semua aspek sempat untuk saya coretkan, terutamanya saya bukanlah seorang pakar bab pengurusan dan temuduga. Namun masih boleh berkongsi pengalaman.
 
Secara ikhlas, terdapat beberapa kelemahan nyata bagi kebanyakan calon-calon, kelemahan tersebut juga berulang-berulang.
 
Soalan Biasa
 
Tidak kiralah samada interview di dalam Bahasa Inggeris, Melayu atau Arab, soalan awal adalah :-
 
"Please introduce yourself" atau "Sila perkenalkan diri anda"
 
Ini adalah ayat biasa yang digunakan oleh panel untuk memulakan sesi temuduga.
 
Jawapan calon bagaimana?
 
"Saya berasal dari kampung sekian, sekian..adik beradik 11 orang, saya anak yang sulong, ibu bapa saya bekerja itu dan ini"
 
"saya sekolah tadika di..., "
 
"Saya sudah berkahwin dah punyai ....anak"
 
Bagi saya, jika calon menjawab seperti jawapan di atas, ia adalah suatu kekurangan pada minda calon dan 'disadvantages' buat calon tersebut.
 
Ini kerana calon sepatutnya memfokuskan pengenalan diri dalam hal yang berkaitan dengan kerjaya yang diminta sahaja.
 
Cukup memfokuskan kepada bahagian berikut :-
1) Kelulusan & Pendidikan formal: Pendidikan Sekolah Menengah dan Universiti sahaja serta kaitan apa-apa subjek yang diambil dengan kerja yang dipohon.
2) Tempat bertugas sekarang (jika bekerja, jika tidak sebutkan pengalaman di Universiti seperti Exco persatuan dan lain-lain)
3) Pengalaman dan kemahiran yang ada dan kaitannya dengan tugas yang dipohon.
 
Saya kira, tiga point tadi sudah cukup, tidak perlu menghuraikan silsilah keluarga, nama emak, nama atuk, kahwin, anak, kampung dan lain-lain. Ia hanya menunjukkan ketidakmatangan calon.
 
Panel biasanya menyoal soalan ini untuk menilai tahap fokus calon dalam menjawab soalan dan kaitannya dengan kerja yang diminta. Bukan untuk berkenalan dengan calon.
 
Tahap Satu
 
Selapas soalan pertama, panel biasanyaakan cuba memperkembangkan soalan dari jawapan pertama calon, terutamanya dalam soal :-
1) Panel akan melihat keputusan peperiksaan dan subjek yang diambil calon di Universiti dan akan mengutarakan soalan berkenaannya. Justeru, calon mestilah cuba ulangkaji terlebih dahulu sedikit isi penting subjek yang berkaitan dengan tugasan yang diminta.
 
Sebagai contoh : Jika seseorang calon memohon jawatan Syariah Executive di sebuah Islamic Bank.
 
Sudah tentu panel akan cuba menguji ilmu dan kefahaman subjek Fiqh Muamalat yang diambil calon ketika di universiti. Demikian juga subjek Qawaid Fiqh dan lain-lain yang berkaitan.
2) Tugas yang calon lakukan sekarang (sekiranya ia sedang bertugas) dan kaitan yang boleh menyokong kerjayanya sekarang.
 
Tatkala itu, calon mestilah bersedia dengan segala point yang dapat mengaitkan kerjaya yang dipohon. Walaupun ia dari dua displin yang berbeza.
 
Sebagai contoh, calon seorang siswazah masih bertugas sebagai cashier di sebuah pasaraya (kerja sementara menunggu yang sesuai dengan kelulusannya), dan sekarang calon memohon tugas sebagai Eksekutif Akaun di sebuah syarikat swasta.
 
Maka calon mestilah berupaya mengaitkan faedah kerjayanya sebagai cashier dengan tugasan yang dipohon. Calon mestilah kreatif berfikir dan mengaitkannya, paling kurang pun sekurang-kurangnya sebutlah bahawa dengan kerjaya sebagai juruwang itu, anda sudah terdedah dengan suasana pekerjaan, membuat laporan, menerima arahan supervisor dan lain-lain"
 
Bagi saya, kemampuan calon untuk mengaitkannya dikira sebagai satu merit baik buat calon.
 
3)      Mengapa memohon kerja ini sedangkan anda sudah bekerja sekarang.
 
Ini soalan yang amat biasa bagi semua jawatan. Setiap alasan anda adalah amat penting untuk panel menilai pemikiran anda dan perancangan kerjaya anda. Kematangan dalam jawapan pastinya banyak membantu,
 
Kenalan saya pernah memberitahu bahawa banyak calon bumiputra gagal memberikan jawapan yang baik dalam soalan ini. Malah hingga ada yang mengatakan :
 
"Tak pelah, jika tak dapat jawatan ni pun saya tak la kisah sangat pun sebenarnya"
 
Kata sebegini adalah satu kesilapan besar.
 
4)      Mengapa kerap menukar kerja?
 
Soalan ini amat relevan dan penting bagi panel iaitu dalam situasi anda pernah bekerja di pelbagai syarikat dan organisasi sebelum ini, atau kata lainnya, 'melompat-lompat'.
 
Mereka pasti akan bertanya sebab-musabab banyak melompat, malah sebahagian Managing Director dalam sektor 'Oil & Gas' pernah berkata kepada saya :
 
"Semua calon yang dilihat banyak melompat dari syarikat ke syarikat dalam tempoh kurang setahun atau dua tahun, awal-awal kami dah reject"
 
Lihat, malah dalam kebanyakan sektor swasta mereka akan menilai tahap kesetiaan anda dengan satu syarikat. Mereka tidak mahu anda melakukan demikian kepada syarikat mereka nanti. Jawapan konkrit perlu anda sediakan.
 
Tanpa jawatan konkrit, kebanyakan majikan akan menggangap individu yang kerap melompat sebagai :-
1) Tidak setia kepada satu-satu organsasi.
2) Gila pangkat.
3) Jenis bermasalah dan pastinya masalah di tempat lama.
4) Pengejar kenaikan gaji secara rakus. Iaitu dengan cara melompat-lompat.
5) Kurang kemahiran khusus dalam satu bidang kerana asyik melompat.
6) Kurang kemahiran interpersonel.
 
 
 
Tahap Kedua
 
Tahap seterusnya, panel biasanya akan mula menguji sekaligus :-
 
  • 1) Tahap kemahiran ilmu dalam bidang kerja yang dipohon.
  • 2) Cara penyampaian jawapan termasuk cara pandangan mata, cara tangan semasa bercakap
  • 3) Tahap keyakinan semasa menjawab soalan.
  • 4) Tahap kedinamikan calon semasa menjawab.
  • 5) Minat calon dalam kerjaya yang dipohon.
 
Ini adalah antara fokus utama seorang panel. Namun, jika jawatan yang dipohon adalah sebagai eksekutif sahaja. Biasanya panel akan bersifat lebih toleransi kerana jawatan eksekutif adalah satu jawatan yang masih dikira kecil di dalam sebuah organisasi dan syarikat. Justeru, tahap ilmu dan kemahiran tidaklah menuntut satu tahap yang tinggi.
 
Bagaimanapun, sesiapa yang mampu menunjukkan tahap kemahiran dan ilmu dengan cemerlang sudah tentu lebih baik.
 
Bagaimanapun point 2,3,4 dan 5 masih amat penting buat calon, walaupun hanya bagi jawatan eksekutif.
 
Banyak kekurangan dikenalpasti di kalangan graduan kita dalam hal ini. Antaranya :-
 
a-      Tidak yakin dengan jawapan. Ada dua jenis soalan dalam temuduga, yang pertama soalan fakta dan yang kedua soalan bukan fakta.
 
Bagi soalan yang memerlukan fakta tepat, jika calon tidak mampu menjawab, mereka masih perlu menunjukkan keupayaan untuk merujuk kepada sumber-sumber tertentu.
 
Bagi soalan yang memerlukan pandangan bebas bukan fakta; keyakinan amat penting. Keyakinan itu perlu dizahirkan melalui cara dan intonasi bercakap, memek muka dan sedikit pergerakan tangan.
 
Ini tidak, bila ada yang tidak boleh jawab soalan fakta, mulalah terganggu pemikirannya sehingga semua jawapan selepas itu tidak yakin. Apatah lagi jika diprovokasi oleh panel seperti katanya,
 
"Anda sebenarnya tidak layak dan belum bersedia untuk jawatan ini"
 
b-     Tidak menunjukkan bakat dan kemampuan untuk menyumbang. Ini adalah aspek penting dalam sebuah temuduga, calon mesti menunjukkan minat untuk menyumbang dan mempelajari jika diterima sebagai eksekutif, tunjukkan minat dan keghairahan untuk belajar, dan bukannya sekadar "InshaAllah" dengan lemah longlai serta ayat-ayat yang tidak bermotivasi.
 
Kebanyakkan panel temuduga ingin melihat bakat calon untuk diperkembangkan kelak. Mereka tidaklah mengharapkan anda sehebat orang yang punyai pengalaman 10 tahun. Apa yang diharapkan adalah kesediaan dan pembuktian bahawa anda adalah seorang calon yang berbakat.
 
c-      Merendah diri. Benar, merendah diri adalah satu sifat yang terpuji dalam Islam tetapi semasa temuduga calon perlu menunjukkan dan menaikkan kebolehan diri. Bukan meninggi diri dalam bentuk melampau dan 'over' tetapi cukup sekadar menunjukkan kedinamikan diri dan kelayakan anda untuk jawatanyang dipohon.
 
d-     Tidak Relaks & Kelihatan Tertekan. Calon perlu relaks dan kelihatan selesa semasa temuduga. Tenangkan diri dan jangan rasakan anda dalam sebuah temuduga.  Ia mudah menganggu debaran hati dan jantung anda. Bayangkan anda sedang berbincang dengan guru sahaja. 
 
Bagi sektor swasta, kemampuan calon menunjukkan ketenangannya dan relaksnya dalam temuduga mampu memberi kredit kepada calon. Ia membuktikan calon adalah orang yang boleh menanggung beban dan stress kerja swasta yang biasanya sibuk dan tertekan.
 
 
Tahap akhir
 
Sebagai ringkasan dalam tulisan ini, panel akan melihat kepada gaji semasa anda, dan gaji yang dipohon.
 
Ini sebenarnya adalah satu proses ujian kematangan yang hebat. Calon mesti berhati-hati agar tidak dihentam dan ditertawakan.
 
Justeru, 'expected salary' mestilah melihat kepada 'salary scale' di dalam pasaran dan gaji calon sekarang.
 
Untuk itu, calon mesti membuat kajian tahap gaji seorang eksekutif di bidang perbankan sebagai contoh. Atau sector pendidikan dan lain-lain. Jangan membuka kelemahan diri dengan memohon gaji seorang pengurus atau gaji seorang pekerja kilang sahaja.
 
Jangan letak terlalu tinggi dan jangan tersilap minta terlalu rendah berbanding kelulusan anda.
 
Jika anda seorang yang cemerlang dan punyai sarjana yang specifik dalam jawatan dan bidang tugas yang dipohon, lihat pula sektor apa, jika dalam sektor perbankan Islam sebagai contoh, jangan letak kurang dari RM 3000 sebulan.
 
Jika calon meletakkan bawah dari RM 3000 dengan kreteria yang disebut di atas, ia menunjukkan calon kurang mengkaji dan kurang matang dalam sektor pekerjaan.
 
Jika calon punyai pengalaman 2 tahun, jangan pula letak gaji dipohon sebanyak RM 6000. Sudah tentu akan ditertawakan oleh panel, jika tidak di hadapan calon, dibelakang sudah tentu agaknya.
 
Sebenarnya banyak aspek yang perlu dilihat dalam meletakkan gaji yang dijangka. Termasuk aspek :-
1) Saiz Syarikat : Syarikat besar atau kecil, tempatan atau antarabangsa. Semuanya punyai 'scale' yang berbeza.
2) Jenis sektor : Kejuruteraan, Perbankan dan Kewangan, Pendidikan, Konsultan dan lain-lain. Ini juga banyak berbeza.
3) Jenis Kemahiran : jenis kemahiran khas atau biasa. Kemahiran yang mudah dijumpai di pasaran adalah lebih murah dan yang sukar. Sebagai contoh ; calon yang punyai kemahiran Fiqh Mualamat dan Perbankan Islam amat sukar ditemui dalam pasaran, hasilnya calon yang punyai pengalaman boleh meletakkan permohonan sedikit tinggi.
4) Jenis Jawatan : Ia amat banyak mempengaruhi gaji jangkaan. Termasuklah nama jawatan, iaitu eksekutif, Eksekutif Kanan, Pengurus, Pengurus Kanan dan lain-lain. Juga dari aspek, jawatan tetap, kontrak atau separuh masa. Semua mempunyai scale masing-masing.
 
Justeru, calon perlu merujuk kepada mereka yag berpengalaman untuk menentukan gaji jangkaan. Jangkaan yang tepat pula pastinya akan ditanya oleh panel,
 
"Mengapa anda layak dengan gaji sebanyak ini?"
 
Jawapan perlu disediakan dari awal. Elok juga disebutkan kepada panel bahawa ia terbuka untuk perbincangan. Tatkala itu, panel akan bertanya lagi;
 
"Berapa minimum yang anda boleh agaknya?"
 
Sekali lagi anda perlu menyiapkan jawapan dari awal.
 
Oleh kerana biasanya soalan ini di akhir temuduga, calon juga boleh menilai serba siedikit prestasinya dan respon panel temuduga dalam meletakkan aras minimum gaji yang dijangka. Jika panel kelihatan menyukai anda dan anda juga kelihatan 'performed' dalam temuduga, bolehlah anda nilaikan gaji minimum yang sedikit tinggi. Demikian sebaliknya.
 
Soalan Penutup
Biasanya, soalan penutup panel temuduga adalah:
"Do you have any question?" atau " Saudara/i ada apa-apa soalan?"

Kebanyakan calon akan mengatakan ‘Tiada soalan"
Bagi saya, ia sekali lagi satu tindakan yang kurang tepat.

Panel sebenarnya ingin menilai minda anda terhadap kerja yang dipinta. Justeru lebih baik anda bertanya, pastikan pertanyaan adalah standard dan menunjukkan anda seorang yang berpandangan jauh. Seperti tanya berkenaan masa depan syarikat, peluang karier bersama syarikat, tahap kestabilan syarikat dan lain-lain. Bagaimanapun, jika calon terlalu tidak 'performed' di peringkat awal temuduga, soalan-soalan besar ini mungkin tidak perlu kerana akan membosankan panel.   
 
Demikianlah, beberapa nasihat dan pandangan ringkas saya buat bejkalan rakan-rkaan pengjung http://www.zaharuddin.net/ yang majoritinya beumur 22- 35 tahun. Sudah tentu proses temuduga akan berterusan dalam usia ini. Harapan saya, ia mampu membantu serba sedikit persiapan karier anda agar lebih berjaya.
 
Nabi Muhammad s.a.w bersabda :-
 
إن الله عز وجل يحب إذا عمل أحدكم عملا أن يتقنه
Ertinya : Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai seseorang kamu apabila ia melakukan sesuatu kerja, ia sentiasa memperkemas dan menekuninya" (Riwayat At-Tabrani, terdapat komentar terhadap seorang perawinya iaitu Mus'ab bin Thabit, Ibn Hibban men ‘thiqahi'nya , dan majority melemahkannya)
 
Menurut sebuah hadis sohih pula :-
 
إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الْإِحْسَانَ على كل شَيْءٍ فإذا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ وإذا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذَّبْحَ وَلْيُحِدَّ أحدكم شَفْرَتَهُ فَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ
Ertinya : "Sesungguhnya Allah s.w.t telah mewajibkan al-ihsan (professional, ketekunan dan ketepatan) dalam semua kerja, maka apabila kamu ingin berburu maka perkemaskan perburuanmu, apabila kamu ingin menyembelih maka perelokkanlah cara pemyembelihanmu, hendaklah ditajamkan alat sembelihanmu agar dapat merehatkan binatang yang disembelih" ( Riwayat Muslim, 3/1548 )
 
Kedua-dua hadis ini menganjurkan kecekapan dan professionalism dalam kerja. Tingkatkan ilmu dan kemahiran bermula dari proses temuduga. Moga Allah bersama kita sentiasa.

artikel daripada:ustaz zaharuddin.net
  
ummu mujahid
14042012
22 jamadil awwal 1433H
bayt kauthar,
hamra',mafraq