Jumaat, 25 Mei 2012

Dua keGembiraan...



Alhamdulillah,Alhamdulillah syukur pada ALLAH kerana masih kasih pada hambanya memberi pinjaman nyawa buat diri dan peluang masih berada di bumi syam,Jordan.Sangat bersyukur dengan izinNYA hari ini ana bertemu dengan insan-insan yang dikasih ALLAH penanggung kalamullah..sungguh! ana menghargai detik-detik manis dan indah tatkala hampir untuk pulang ke tanah air hanya berbaki beberapa bulan sahaja lagi.sungguh! setiap detik indah bersama insan-insan istimewa ini mana mungkin ana luputkan daripada ingatan,ianya terus segar membunga di dalam ingatan ini selagi nyawa di kandung badan..hari ini macam biasa janji dengan Umm Bakar untuk daurah mengulang quran dengan beliau,janji kami jam 9.00 am di markaz quran di mafraq,namun beliau kelambatan sedikit kerana ada hal di rumah.Sentiasa membawa anak lelakinya Rayyan yang hensem di samping ke markaz.Tatkala ana sampai di markaz..jauh di dalam bilik di dalam markaz..ada seorang wanita yang sudah berumur,dengan memperdengarkan ayat-ayat quran daripada seorang wanita yang sudah berumur juga yang boleh di panggil “Tetaa” iaitu nenek..

UMM BASSAM

Seorang wanita tua yang sangat bertanzim masanya,tidak suka kalau pelajarnya tidak menepati masa.Banyak kali mengikuti daurah hifz bersama beliau dengan pelajar-pelajarnya yang majoritinya warga emas dalam lingkungan umur 40-60 ke atas,dan ada juga pelajar muda yang berumur 26 dan 29.Sebelum ini ana sempat mengikuti kelas hafazan beliau,namun jarang dapat berbual panjang dengannya,hanya sekadar bersalaman dan bertanya khabar,namun hari ini yang paling menggembirakan hati ana apabila dapat berbual panjang dengan beliau sambil menunggu pelajar-pelajarnya datang untuk tasmi’ hafalan masing-masing.Sedikit latar belakang nya..

Nama sebenar beliau Nahlah,berasal daripada Palestin,kemudian menetap di Saudi selepas berkahwin.Suaminya seorang guru bahasa arab.Selepas suaminya meninggal kerana sakit,beliau berhijrah ke Jordan dan tinggal sekarang di kampung syuwaikeh,Mafraq.Mempunyai 6 orang anak,2 lelaki dan 4 perempuan.2 anak lelakinya merantau di Saudi.Semua sudah berkahwin kecuali seorang yang masih tinggal dengan beliau.Beliau menceritakan kepada ana yang sejak daripada kecil tidak menonton movie atau filem yang tidak baik.Apa yang istimewa mengenai beliau ialah beliau adalah “Hafizah Quran” dalam usia yang sudah lanjut.Gurunya bernama UMM ABDUL RAHMAN al a’ajluni tinggal di A’AJLOON salah satu nama daerah di Jordan,umurnya hampir 50 tahun sekarang.Umm bassam akan tasmi’ 3 juz sekali berjumpa dengan gurunya.Beliau bermula menghafaz quran ketika berumur 47 tahun,menghafaz quran dalam masa 2 tahun kerana tempat agak jauh.Sekarang umurnya hampir 67 tahun,masih gagah dan bersemangat berjalan untuk hadir ke daurah hifz walaupun beliau berjalan sambil berbongkok sedikit dan agak perlahan,Masya Allah.

Beliau mempunyai sanad ghoibi bersambung hingga ke Nabi Muhammad s.a.w.Umm bakar guru ana juga sekarang merupakan anak didiknya.Menurut ustazah Balqis ( Umm Muhammad ) beliau merupakan wanita pertama hafizah quran di Mafraq,Masya Allah.Beliau pernah menawarkan untuk mengulang quran dengan beliau semasa kali pertama kami bertemu di daurah hifz,memandangkan ada sedikit halangan dan masa yang tidak lama kerana bermula minggu depan beliau akan bercuti kerana anaknya di Saudi mahu pulang ke Jordan tinggal di rumahnya, di kampung Syuwaikeh,Mafraq. Selepas bulan ramadhan beliau akan bermula semula mengajar.

Dalam perbualan dengan beliau tadi,beliau sempat memberi sedikit nasihat kepada,yang menghafaz quran tidak kira umur atau tahun,yang pasti kita mahu dan bersungguh-sungguh kerana ALLAH insya ALLAH,ALLAH akan bagi pada kita.Jadual hariannya tersangat padat,bagi beliau tiada istilah rehat banyak,tidur banyak, jadualnya penuh untuk menghadiri daurah hifz di markaz quran sekitar Mafraq,ada juga datang ke rumah beliau untuk tasmi’.Hidupnya sibuk dengan quran,Allah..sangat terinspirasi.



UMM MUSTAFA

Seorang ibu yang istimewa buat ana kerana telah bersungguh-sungguh berusaha mendidik anak sulong untuk menjadi “HUFFAZUL QURAN”,merupakan ibu kepada 3 orang anak,1 perempuan dan 2 lelaki.Anak sulong nya seorang perempuan bernama “SAJDAH”.Semalam Umm Bakar ada memberitahu yang ada seorang budak perempuan SYRIA akan datang tasmi’ quran dengan beliau,ana teruja mahu berjumpa dengan budak istimewa itu,akhirnya hari ini Allah pertemukan kami,Allah..Sungguh indah dan manis pertemuan kami.

Kembali kepada cerita tentang Umm Mustafa,seorang peramah dan lembut orangnya,tambah dengan dialek lahjah bahasa SYRIA yang lembut bahasanya.Nama sebenar beliau MIYYADAH,berasal daripada Syria,di mantiqah Bandar Zalaqiyyah.Merupakan “pelarian Syria yang datang ke Jordan untuk menyelamatkan diri dan keluarga” ketika Negara sebelah iaitu Syria mengalami pergolakan yang sangat kritikal dan ramai umat Islam di bunuh sewenang-wenangnya tanpa belas kasihan,dosa dan kemanusiaan,Ketua Syria Basyaar dan konco-konconya yang Zalim,moga di akhirat nanti Allah akan membalas segala perbuatan zalim dan jahat kalian dengan azab yang pedih.Namun ibu ini tidak pernah berputus asa dan meneruskan aktiviti hafalan anak-anaknya walau mereka sekarang dalam pelarian,beliau memberitahu akan menetap di Mafraq setahun,dan akan pulang ke Syria tengok pada keadaan semasa di sana.

Apa yang istimewa ibu ini,beliau mempunyai 3 orang cahaya mata,yang sulongnya berumur 8 tahun ( SAJDAH ),kedua berumur 6 tahun ( MUSTAFA ),dan ketiga berumur 3 tahun setengah ( MUS’AB ).Menariknya anak sulongnya sudah menghafaz 9 juz lebih,juz 28,29,30,1,2,3,4,5,6, sekarang anaknya sedang menghafaz surah al maaidah.Anak kedua telah menghafaz 5 juz iaitu juz 28,29,30,1,2 dan anak ketiga sudah menghafaz dengan surah-surah pendek juz 30.

Sempat mendengar bacaan SAJDAH memperdengarkan bacaannya bersama Umm Bakar dalam 2 muka sangat lancar bacaannya dan tajwidnya tepat dari segi sebutan makhraj huruf,Masya Allah.Benar,budak yang tidak ada dosa lagi baginya amat mudah untuk menghafaz kalamullah,terpancar kejernihan di matanya dan hatinya terang untuk mengingati ayat-ayat ALLAH dengan mudah dan cepat.Begitu juga insan terpilih SAJDAH,terpancar nur di wajahnya dalam lidah terkumit-kumit membaca al-quran penuh tartil dan itqan.
Dalam perbualan ana bersama Umm Mustafa tadi,sempat beliau berkongsi tips yang beliau amalkan dalam mendidik anak-anaknya untuk menjadi huffaz quran,ana sempat bertanya teknik,dan bila bermula didik anak untuk menghafaz,mungkin kita tahu bukan mudah juga menarik minat budak-budak yang dalam fatrah yang sukakan main,memang begitulah tabiat budak kecil.Antaranya yang beliau kongsi ialah:-
Semasa Hamil:
1)      Sentiasa mendengar al-quran,daripada syeikh-syeikh arab masyhur seperti syeikh A’afasi, dan lain.
2)      Sentiasa doa sambil mendengar bacaan quran semoga anaknya lahir akan menjadi huffaz quran.
3)      Sering menonton rancangan-rancangan islamik seperti cara untuk mendidik anak untuk menghafaz al-quran.Rancangan tv ( AL-FAJR,RAHMAH,dll )

Semasa beliau mengandungkan SAJDAH,beliau tidak tahu tentang ilmu TAJWEED,secara mendalam hanya mempelajari di televisyen sahaja.Selepas beliau melahirkan sajdah,beliau serius ingin belajar tajweed dan memanggil guru perempuan untuk mengajar beliau dan anaknya ilmu tajweed,tetapi tidak terlalu lama,kerana sajdah tidak belajar dengan guru tersebut kerana guru bekeng/syadid sangat.Namun ana tidak pasti berapa umur sajdah ketika itu.Selepas itu beliau dan anaknya mengikuti kelas tajweed dengan seorang guru wanita di sebuah masjid di kampungnya di Syria selama setahun.Bila di rumah beliau mempraktikkan semula apa yang telah di ajar di masjid.Sememangnya ibu perlu ada ilmu untuk mendidik anak-anaknya.

Menariknya ,selepas kelahiran sajdah hari pertama hingga umurnya berbulan-bulan di rumahnya terus beliau memperdengarkan bacaan quran di rumahnya,setiap hari.Kebiasaannya waktu menghafaz dan mendidik anak-anaknya ialah waktu pagi atau petang selepas selesai beliau mengerjakan kerja di rumah.Beliau merupakan suri rumah,tidak bekerja kerana berhajat untuk mendidik anak-anaknya di rumah.Beliau juga menghafaz sebanyak 8 juz,dan suaminya Abu Mustafa menghafaz sebanyak 12 juz.Allah..Masya Allah,terkedu ana mendengarnya.beliau juga tidak malu untuk bersama-sama mengulang hafalan dengan anak-anaknya.


 




SAJDAH

Budak cilik comel,berwajah manis dan lembut dalam bertutur.Berumur 8 tahun,yang petah bercakap,tidak menggambarkan umurnya yang masih kecil,hampir kesemuanya persoalan-persoalan ana dia faham,sekali sekala ana bertanya dalam bahasa fushah,namun dia terus menjawab dan faham apa yang ana tanya,berbeza dengan kanak-kanak yang berada di Jordan,agar sukar memahami bahasa fushah( bahasa baku ) dan kadang-kadang langsung tidak faham bahasa fushah atau wajib ulang banyak kali baru faham.
Sempat berbual dengan sajdah selepas dia menghabiskan bacaan hafalannya dengan Umm Bakar.Antara soalan yang ana sempat tanya ialah:

Best ke tinggal di Jordan? Jawab sajdah:sedap tinggal di Syria,makanan,pakaian,semua la,lagi pun barang-barang di Jordan mahal,berbanding di Syria.

Macam mana perasaan awak menghafaz quran,suka?susah? jawab sajdah: ada juga susah sikit-sikit tapi suka hafal quran.

Adakah awak faham  apa yang awak hafal? Jawab sajdah: ya,kerana ibu saya sentiasa cerita kisah dalam setiap ayat-ayat quran.

Bila waktu awak mengulang quran di rumah? Jawab sajdah: kadang selepas adik-adiknya tidur,sebab mereka suka buat bising mengganggu saya untuk mengulang dan menghafaz.

Pernah awak mengulang dengan adik awak mustafaw? Jawab sajdah: ya saya mengulang dengan dia,seperti surah al baqarah.

Ayah awak bekerja apa? Jawab sajdah: mungkin kerja di tempat besi,ayah keluar kerja mula dari 7 pagi dan akan balik pada jam 7 malam.Perjalanan ke tempat kerja memakan masa 1 jam setengah dengan berjalan kaki.

Dia juga turut menceritakan makanan,manisan Syria siap cerita cara nak buat macam mana,sungguh teruja ana mendengar ceritanya.Namun jauh dari sudut hati terasa sedih mahu menangis di dalam hati apabila dia sajdah memberitahu rumahnya di kampung syuwaikeh banyak rosak,tetapi harga sangat mahal jd 250,sajdah bercerita dengan hatinya,terpancar di matanya ada butir jernih di kelopak mata apabila dia  bercerita yang dapur ada yang rosak dan ibunya dan dia rasa sedih.Cuma apa yang ana dapat gambarkan rumahnya tidak sesuai dengan harganya,walaupun baru tapi rosak, ada mendapat tahu soheb ( tuan rumah ) di mafraq ni semuanya telah menaikkan harga sewa rumah kerana orang Syria ramai datang sini,terasa darah naik mendengar tabiat dan sikap sesetengah arab Jordan yang sepatutnya menolong mengurangkan beban mereka saudara seislam yang melarikan diri kerana pergolakan yang kritikal di sana di saat ini.

Sungguh!selepas pertemuan dengan insan-insan istimewa hari ini, hati ini riang gembira ketika pulang ke rumah.Insya Allah kami akan bertemu lagi jika di panjangkan umur olehNYA dalam daurah hifz bersama Umm Bakar.

Ummu Mujahid,
24052012 / 3 Rejab 1433H,
Bayt Sakinah,Hamra’
Mafraq,Jordan