Sabtu, 26 November 2011

Wawasan sempena 1 Muharram 1433H…


Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh…

KULLU SANAH WAENTUM BIKHEIR…

Buat keluarga tersayang di Kelantan,dan Terengganu..sahabat teman yang mengenali kami,moga kalian sihat walafiat sentiasa dalam rahmat dan lindungan ALLAH..amiin.
Hari ini merupakan permulaan tahun baru hijri 1433H bagi umat ISLAM di seluruh dunia.Ramai di kalangan orang islam hari ini menyangka hijrah nabi s.a.w berlaku pada bulan muharram,ianya SALAH  kerana jika di rujuk kepada penulisan sejarah ianya TIDAK BERLAKU pada bulan MUHARRAM penghijrahan nabi dari mekah ke madinah,walaupun berlaku khilaf berkenaan tarikh Hijrah Nabi sallahu alaihi wasallam, namun tiada langsung pendapat yang mengatakan ianya berlaku pada 1 Muharram.

Syeikh Said Ramadhan al-Buti dalam kitabnya Fiqh al-Sirah, beliau memilih pendapat yang terkuat tentang hijrah Nabi sallahu alaihi wasallam berlaku pada 2 Rabiul Awwal iaitu 13 tahun selepas kerasulan baginda.
Tiba pada zaman Khalifah Umar al-Khattab radhiyallahu ‘anhu, beliau melihat keperluan untuk Islam memiliki kalendar tersendiri.  Lalu dengan kelebihan dan kehebatan peristiwa Hijrah Nabi sallahu alaihi wasallam ke Madinah, maka pada tahun tersebut ianya dipilih sebagai tahun pertama Kalendar Islam.

Tasyji’ buat kami dan untuk kalian…
Sempena 1Muharram 1433H,marilah sama-sama kita merenung kembali setiap detik masa berlalu adakah ianya sudah mencapai tahap yang cemerlang dalam pengabdian diri kita kepada ALLAH dan seluruh aspek?hamba,anak,pelajar dll..Ayuh bersama…kita melangkah dengan satu wawasan baru untuk meneruskan hidup yang sementara ini dengan penuh strategi dan perancangan hidup agar setiap detik dan masa kita bernilai IBADAH di sisi ALLAH..

Kejayaan menuntut Pengorbanan..bersama saya dan kamu,
Tajdid niat ~tajdid minda kearah lebih positif dan kreatif dalam merencana strategi dan tindakan ~ tajdid semangat agar ianya menjadi istiqomah dalam setiap tindakan lapangan kebaikan di sisi ALLAH.. ~ Perkasakan taqorrub dengan ALLAH dengan perbanyakkan ibadah dan amalan sebagai bekalan dan saham untuk kita bertemu denganNYA kelak, ~ IKHLASkan niat dalam setiap amalanmu, ~ Sabar dan cekal dan terus melangkah ke hadapan walaupun ianya pahit dan berduri jalannya namun ingatlah ALLAH sentiasa ADA bersama kita, ~ Ujian sebagai cabaran dan peluang untuk terus kita mantapkan diri dan mematangkan diri. ~ jangan sia-siakn waktu yang ada di depan mata,kerana esok?belum tentu milik kita..kerana ajal maut itu tidak datang tanpa di duga,kejarlah masa,bukan masa mengejar kita…~ Zikrullah dan Bismillah dalam setiap amalan harianmu moga di situ terciptanya satu kekuatan dariNYA..~ Pertingkatkan usaha,usaha tanpa jemu dan terus berusaha dalam menuntut ilmu agamaNYA hargai peluang yang ada di bumi syam ini,dan terus berusaha untuk menjaga AMANAH KALAMULLAH yang menjadi kekasih hati suka tawa sedih ria peneman hati dunia akhirat moga setiap kalamNYA thabit di hati dan lisan dan segala isi kandungan mengaplikasinya dalam kehidupan,kerana ALLAH tidak memandang natijah/hasil sesuatu tetapi melihat “apakah usaha” yang telah di lakukan demi mencapainya..~ wa akhiran,semoga kita menjadi hamba yang berTAQWA kepada ALLAH dalam setiap suruhan dan laranganNYA,demi mencapai mardhotillah hidup di atas bumi milikNYA ini,dariNYA kita datang dan kepadaNYA lah kita di kembalikan..~

Salam tahun baru 1433H daripada kami,

Jutaan kemaafan andai ada silap dan salah selama ini,

“Memahami sejarah penghijrahan Nabi s.a.w,mengambilnya sebagai IBROH+TASYJI’,dan mengaplikasinya dalam kehidupan”

“Hijrah daripada akhlak yang buruk kepada baik…”

“Hijrah daripada anak yang tholeh kepada anak yang soleh..”

“Hijrah daripada pelajar yang malas kepada pelajar yang juhud+rajin+bersungguh…”

Semuanya itu bermula dengan kunci “HIJRAH MENUNTUT USAHA+SABAR+PENGORBANAN+TAWAKKAL…”siiru a’ala barokatillah…ALLAHUAKBAR!

P/s:boleh lawati blog dr maza=artikel bertajuk"Muharram bukan bulan nabi berhijrah"-semoga mendapat pencerahan.



26112011,
Bayt Kauthar,Hamra’,
Abu mujahid&Ummu mujahid,
Mafraq,Jordan…



Khamis, 24 November 2011

FORUM KEPIMPINAN WANITA DLM PERSPEKTIF ISLAM ..jom layan!

 
Assalamualaikum...
Apa khabar sahabat semua?
Disini ana ingin kongsi 1forum yang boleh menyuntik diri muslimah untuk melangkah ke hadapan dengan yakin dan positif.1pencerahan kepada kaum hawa.jom layan!

Semoga ianya memberi satu motivasi pada diri kita dalam menjalani kehidupan duniawi,dan mengambil sebaik-baiknya ibroh darinya untuk bersama kita aplikasinya dalam kehidupan seharian,insya ALLAH..

24112011/28 zulhijjah 1432H..
Bayt Kauthar,Hamra'...
Mafraq,Jordan.
Ummu Mujahid.




Khamis, 10 November 2011

KHADIJAH AL-KHUWAILID,ISTERI TERBAIK...

Siapakah wanita pertama yang beriman di saat semua orang mengingkari kerasulan Nabi Muhammad SAW?
Siapakah wanita yang sanggup mendermakan seluruh hartanya di saat semua orang enggan memberinya?
Siapakah wanita yang mampu memberikan Rasulullah keturunan?
Siapakah wanita yang bijak meneguhkan hati seorang suami di saat semua orang membencinya?
Semua jawapan ini terhimpun pada Khadijah al-Khuwailid. Terangkat kemuliaannya sebagai murobbiah paling terang daripada segenap gugusan bintang.

Profil Khadijah

            Beliau ialah Ummu al-Qasim binti Khuwailid bin Asad bin Abdul ‘Uzza bin Qushai bin Kilab. Lahir di Ummul Qura (Makkah) sekitar 15 tahun sebelum Tahun Gajah. Keturunan suku Quraisy dari keluarga Bani Asad.
Menurut Az-Zubair bin Bakkar, sejak zaman jahiliyyah, beliau dikalungkan gelaran al-Thahirah (wanita suci) oleh masyarakat setempat. Ini disebabkan oleh sifatnya yang sukakan kebersihan dan kesucian. Ibunya bernamaFatimah binti Za’idah al-A’miriyah.
Beliau merupakan seorang usahawan wanita terkemuka. Sangat berjaya dalam bidang perniagaan. Satu kafilah dagang Khadijah yang dihantar ke Syria menyamai konsortium beberapa kafilah dagang Quraisy.
Sebelum dikurniakan darjat sebagai Ummul Mukminin yang pertama, Khadijah telah beberapa kali menikah. Suami pertamanya adalah Abu Halah bin Zurarah al-Tamimi.
Setelah kematian suaminya, beliau menikah lagi dengan A’tiq bin A’bid bin Abdullah bin Umar bin Makhzum. Namun, perkahwinan itu tidak kekal. Ramai pembesar Quraisy yang melamar Khadijah namun ditolak kesemuanya.

Pemuda yang berjaya menambat hatinya ialah Muhammad bin Abdullah yang ketika itu berusia 25 tahun. Lebih muda 15 tahun daripada usianya. Hiduplah beliau di sisi Muhammad sebagai tauladan isteri paling solehah sepanjang zaman.

Khadijah di Hati Nabi

            Khadijah merupakan isteri kesayangan Nabi Muhammad SAW. Beliau dimuliakan suami ketika hidup dan sesudah wafat. Pengorbanan beliau sentiasa dikenang. Menjadi ingatan abadi. Pujian yang sentiasa meniti di bibir Nabi terhadap insan bernama Khadijah r.ha mengundang kecemburuan Aisyah r.ha, biarpun pada saat itu Khadijah r.ha sudahpun wafat.
            Aisyah berkata, “Saya tidak pernah cemburu kepada seoorang wanita seperti kecemburuanku kepada Khadijah, kerana Rasulullah sangat sering menyebut-nyebut namanya…” (Muttafaqun a’laih).
            Aisyah melanjutkan cerita, “Jika Rasulullah SAW menyembelih kambing, maka baginda berkata, ‘Bahagikan kepada teman-teman Khadijah.’ Saya pernah membuat Rasulullah marah apabila berkata, ‘Lagi-lagi Khadijah!’ Baginda berkata, ‘Sesungguhnya saya amat mencintainya.’ (Muttafaqun a’laih).

Keutamaan Khadijah

            Antara keutamaan Khadijah yang tidak dimiliki oleh isteri-isteri Rasulullah SAW yang lain ialah:
1.      Isteri pertama Rasulullah SAW. Kekasih pertama di hati Nabi.
2.      Rasulullah SAW tidak menikahi wanita lain selama Khadijah r.ha. masih hidup. Aisyah r.ha berkata, “Selama hidup bersama Khadijah, Nabi SAW tidak menikahi wanita lain sampai Khadijah meninggal dunia.” (Diriwayatkan oleh Muslim, no. 2436).
3.      Rasulullah SAW tidak mengambil hamba wanita sehinggalah Khadijah r.ha meninggal dunia.
4.      Isteri yang mampu memberikan keturunan kepada Rasulullah SAW.
5.      Rasulullah SAW tidak pernah berasa marah kepada isteri ketika hanya mempunyai seorang sahaja isteri iaitu Khadijah. Hanya setelah mempunyai ramai isteri, karenah para isteri kadang-kadang membuatkan baginda marah. Marah-marah sayang. Penuh hikmah.
6.      Insan pertama solat bersama Nabi.
7.      Wanita pertama di antara isteri-isteri Nabi yang mendapat jaminan syurga.
8.      Orang pertama menerima salam daripada Allah.
9.      Wanita pertama yang masuk dalam kategori shiddiq (yang benar).
10.  Orang pertama yang kuburnya dipersiapkan oleh Nabi SAW.

Ibu yang Barakah

            Khadijah melahirkan keturunan bagi Nabi. Permata hati mereka seramai 6 orang iaitu 2 lelaki dan empat perempuan. Mereka adalah Al-Qasim, Abdullah, Fatimah, Ummu Kulthum, Zainab dan Ruqayyah. (Rujuk  Dalailun Nubuwwah, al-Baihaqi, hlm. 70).
            Beliau tabah menerima takdir apabila semua puteranya dijemput mengadap Allah ketika masih kecil. Keberkatannya terserlah apabila dipilih oleh Allah SWT untuk melahirkan penghulu wanita di syurga iaitu Fatimah binti Muhammad.

Kematangan Khadijah

1.    Matang memilih pasangan hidup
Beliau menolak sekian banyak lamaran tokoh-tokoh Quraisy kerana dapat menduga ketertarikan mereka lebih kepada tamakkan harta Khadijah. Wanita yang matang menilai ini menemui keluhuran akhlak pada peribadi Nabi yang amanah menguruskan hartanya bukannya diperhambakan oleh harta. Peribadi Rasulullah SAW dirisik melalui hamba lelakinya Maisarah.
Hasrat hati lalu diungkapkan melalui sahabat karibnya, Nafisah binti Munabbih. Beliau tidak mengungkapnya sendiri kerana ingin menjaga martabat malu seorang wanita. Rasulullah SAW menerima hasrat itu dengan lapang dada. Lalu, disampaikan keinginannya menikahi Khadijah kepada bapa-bapa saudaranya. Maka, Abu Thalib, Hamzah dan bapa-bapa saudara Nabi yang lain menemui bapa saudara Khadijah, A’mr bin Asad untuk meminang Khadijah bagi pihak Muhammad.
Walaupun menikahi seorang lelaki miskin bernama Muhammad, Khadijah bahkan terasa makin  kaya. Kaya harta dan ditambah kaya jiwa. Kekayaan budi pekerti Muhammad menambahkan kekayaan hidupnya. Apatah lagi, Muhammad sangat cekap berniaga, amanah dan datang daripada keturunan terhormat.

2.      Segera menyahut kebenaran
Pada suatu hari, Rasulullah SAW pulang ke rumah setelah diajar Jibril cara mengerjakan solat. Rasulullah SAW pulang dan mengkhabarkan kepada Khadijah. Khadijahpun segera minta diajar dengan berkata, “Tunjukkanlah kepada dinda apa yang ditunjukkan Jibril kepada kanda.”
Rasulullah SAW lantas mengajarnya berwudhuk dan solat. Kemudian, mereka solat bersama-sama. Setelah solat, Khadijah bersaksi atas kerasulannya. Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata dalam Kitab Al-Ishaabah, “Riwayat ini merupakan bukti paling jelas tentang keislaman Khadijah.”
Saat itu, solat lima waktu belum diwajibkan. Solat yang diajar Jibril hanyalah solat dua rakaat di waktu pagi dan solat dua rakaat di waktu malam.

3.     Menghormati Ibu Susuan Nabi
Khadijah dengan senang hati bersama suaminya membawa Ummu Aiman, ibu susuan Nabi ke rumahnya setelah pernikahan mereka. Ummu Aiman yang berjasa itu dimuliakan seperti memuliakan ibu kandungnya sendiri.
Bukan itu sahaja, ketika Halimatus Saadiah datang mengadu kepada Nabi tentang penderitaan kemiskinan di Kampung Bani Saad, Khadijah bermurah hati menghadiahkan 40 ekor kambing dan seekor unta untuk membawa air dan bekalan yang cukup. Beliau sedar, suaminya membesar dalam pelukan Halimah. Kampung Bani Saad itu pula penuh nostalgia dalam hari-hari kecil suaminya. Itulah cara Khadijah memuliakannya.

4.      Peka membaca apa yang disukai Nabi
Khadijah tahu bahawa Nabi amat menyukai hambanya, Zaid bin Haritsah. Tanpa berlengah lagi, beliau menghadiahkan hambanya itu kepada suami tercinta. Zaid lalu dimuliakan Nabi menjadi anak angkatnya dengan gelaran Zaid bin Muhammad sebelum larangannya disyariatkan.

5.     Menenangkan suami yang ketakutan
Dalam peristiwa agung penurunan wahyu yang pertama di Gua Hira’, prosesnya amat berat dan melelahkan. Gema suara Jibril yang menyeru ‘Bacalah!’ terasa amat menggerunkan. Rasulullah SAW pulang dalam keadaan ketakutan.
“Selimuti kanda! Selimuti kanda!” Pinta Rasulullah tatkala disambut isterinya.
Setelah itu, Rasulullah berkongsi ketakutannya dengan isteri tercinta. Dengan lembut bicara dan tenang wajahnya, Khadijah menghiburkan, :”Jangan khuatir. Berbahagialah, sesungguhnya Allah tidak mungkin akan menghinakan kanda dengan kejadian itu. Selama ini kanda sering menyambung silaturrahim, jujur dalam berbicara, meringankan beban orang yang susah, membantu orang yang lemah, menghormati tamu, dan mendukung setiap kebenaran.” (Rujuk Sahih Muslim).
Beliau dengan bijaksana membawa suaminya berjumpa Waraqah bin Naufal yang alim. Ia makin meneguhkan keyakinan suaminya.

6.      Menjadi orang pertama memeluk Islam
Imam Izzuddin bin al-Atsir rahimahullah berkata, “Khadijah adalah manusia pertama yang memeluk Islam” (Usudul Ghaabah, hlm. 78). Dialah peneguh dakwah Nabi. Mengorbankan seluruh kekayaannyademi agama yang diimani. Saat orang Islam ditindas, didera dan dipulaukan, beliau tetap di belakang suami, seorang Nabi.

Allah Berkirim Salam

            Inilah peribadi Khadijah yang menerima salam daripada Allah SWT. Abu Hurairah menyatakan bahawa Jibril datang kepada Nabi SAW sambil berkata, “Wahai Rasulullah, Khadijah sedang berjalan kemari. Ia membawa bekas yang berisi kuah, makanan dan minuman. Jika ia sampai kepadamu, maka katakanlah bahawa Tuhan-Nya dan aku berkirim salam kepadanya. Dan sampaikanlah khabar gembira kepadanya bahawa ia  mendapat sebuah rumah di syurga yang dibuat daripada buluh yang tidak dirisik dan tidak melelahkan.” (Muttafaqun alaih).
            Fatimah pernah bertanyakan ayahnya tentang hal itu, “Adakah buluh yang berada di sekitar ini?” Rasulullah menjawab, “Tidak. Melainkan buluh yang bertatahkan intan, mutiara dan berlian.”

Tahun Kedukaan

            Apabila dakwah Islam mencecah tahun kesepuluh dan mengalami pelbagai peristiwa besar, Rasulullah SAW mengalami ujian getir apabila Allah menjemput kekasih hatinya. Dialah Khadijah yang teguh berdiri di belakangnya selama ini. Hati bertambah pilu apabila kematian Khadijah disusuli kematian Abu Thalib yang turut banyak membantu dakwah baginda. Hingga diisytiharkan tahun itu sebagai Tahun Kedukaan.

Karya asal:www.sebarkanbahagia.blogspot.com.
 
10112011,
Ummu Mujahid,
Bayt Kauthar,Hamra',
Mafraq...



Di Balik Mahligai Kasih Al-Qaradhawi...

Dr. Ilham Al-Qaradhawi, Profesor Fizik di Universiti  Qatar.


                Prof. Dr. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, kehebatannya tidak perlu diperkenalkan lagi. Harum di mana-mana, seantero dunia. Baik kawan ataupun lawan, takjub dengan jihadnya. Mari sama-sama kita berkenalan dengan wanita hebat d belakang tokoh terkemuka dunia ini. Begitu juga kehebatan anugerah cinta yang lahir daripada mereka.

BIDADARI AL-QARADHAWI…satu-satunya.

                Satu-satunya isteri Syeikh ini ialah Ummu Muhammad, seorang wanita solehah yang berasal daripada Hasyimiah Husainiyah, keturunan Rasulullah SAW. Beliau adalah nikmat yang lebih besar daripada dunia dan seisinya buat Al-Qaradhawi.
Berkongsi suami dengan umat memberi ketenangan hati bukannya azab cemburu.  Berkongsi suami dengan dakwah dan perjuangan, menganugerahkan pahala sabar yang besar buatnya. Beliau merelakan suaminya pergi ke mana sahaja belahan dunia untuk Islam. Di rumah, tangannya banyak membantu aktiviti keilmuan, serta dakwah dan tarbiyah dengan mengorbankan waktu dan perhatian yang besar.

PUTERI-PUTERI KESAYANGAN AL-QARADHAWI

                Dari didikan seorang ibu yang amanah, lahirlah anak-anak yang hebat. Pasangan bahagia ini dianugerahi 7 orang anak. 4 perempuan diikuti 3 lelaki. Masyallah! Macam angka anak Rasulullah.
                Semua anak-anak ini sering menduduki nombor satu di kelas pengajian sejak tadika sehinggalah habis Ph.D. Semua puteri Al-Qaradhawi pakar dalam bidang eksak (Matematik, Fizik, Kimia). Kesemuanya merupakan alumni Universiti Qatar.
                Puteri sulungnya, Ilham, meraih ‘first class’ di Universiti Qatar. Dengan kelayakannya yang tinggi, pemerintah Qatar menaja hingga dia menggapai ijazah kedoktoran dalam bidang Fizik, pengkhususan Nuklear di Universiti London.
                Puteri keduanya, Siham, alumni Universiti Qatar, meraih ‘first class’ dalam jurusan Kimia. Kemudian menggenggam ijazah kedoktoran dari salah sebuah universiti di Inggeris dalam bidang Biologi pengkhususan Organ Tubuh. Dia juga ditaja oleh pemerintah Qatar.
                Manakal puterinya yang ketiga, A’la, mendapat ‘first class’ dari Fakulti Biologi, pengkhususan Haiwan. Memperoleh Master di Universiti Texas, Amerika dalam bidang Genetik.
                Puteri keempatnya pula, Asma’, memperoleh Master di Universiti Khalij di Bahrain. Kemudian mengambil program kedoktoran di Universiti Nottingham di Inggeris bersama-sama suaminya.
                Mereka semua telah menikah dengan lelaki-lelaki hebat yang sekufu’.

PUTERA-PUTERA KEBANGGAAN AL-QARADHAWI

                Puteranya Muhammad, alumni Fakulti Teknik Jurusan Mesin dari Universiti Qatar. Memperoleh Master dari Universiti Denver di Colorado. Mengambil program kedoktoran di Universiti Orlando, Florida, Amerika.
                Puteranya, Abdur Rahman, mengambil jurusan keagamaan di Universiti Qatar, jurusan Syariah dan Fikih. Kemudian menyambung Master ke Universiti Darul Ulum di Mesir dalam bidang Usul Fiqh. Terkenal sebagai seorang sasterawan dan penyair. Antara karya puisinya ialah Nazf al-Huruf.
                Putera bongsunya iaitu Usamah, alumni Fakulti Teknik Jurusan Elektro. Kini, dalam proses melanjutkan lagi pelajaran.

PERIBADI ANAK-ANAK AL-QARADHAWI

                Mereka bukan hanya terkenal dengan kepintaran luar biasa. Malah, dikagumi kerana berpegang teguh kepada agama dan menjunjung tinggi akhlak yang terpuji. Dalam setiap posisi yang mereka duduki, mereka sering menjadi contoh ikutan yang terbaik. Siapa jua yang pernah berinteraksi dengan mereka, akan menjadi saksi kepada kebaikan mereka. Cara bergaul mereka selalu diwarnai dengan kerendahan hati yang tidak dibuat-buat.

(Rujukan: Ishom Talimah, Manhaj Fikih Yusuf al-Qaradhawi)
Karya asal:www.sebarkanbahagia.blogspot.com.
 
10112011,
Ummu Mujahid,
Bayt Kauthar,Hamra'
Mafraq...

Nota Ringkas Tentang Dandanan (Tabaruj)...

Ya Allah, kasihani dia dan kasihani kami dari murka-Mu. Kasih sayang-Mu jauh lebih luas daripada kemurkaan-Mu.
Wanita dalam Fikih al-Qaradhawi
Dr. Amru Abdul Karim Sa’dawi di dalam bukunya Wanita dalam Fikih al-Qaradhawi telah memuatkan gagasan besar Prof. Syeikh. Dr. Yusuf al-Qaradhawi tentang tema penting yang berserakan dalam berbagai buku, ceramah, khutbah, fatwa, tesis dan disertasi beliau.
Pandangan tentang Islam dan wanita disampaikan ke tengah-tengah masyarakat dengan pandangan yang moderat dan komprehensif, jauh dari sikap fanatik yang membabi-buta. Beliau berusaha menyeimbangkan antara ketetapan syariat Islam dengan perubahan zaman, mempertahankan hal-hal lama yang bermanfaat dan menyambut hal-hal baru yang maslahat.
Tabarruj Dalam Fiqih al-Qaradhawi
                Firman Allah SWT yang bermaksud: “…dan janganlah kamu berhias dan bertingkah-laku seperti orang-orang jahiliah dahulu.” (Al-Ahzab: 33).
                Akhlak wanita muslimah berbeza dengan wanita bukan muslimah atau wanita pada masa sebelum Islam. Wanita muslimah mempunyai akhlak menjaga diri, menjaga kehormatan, dan mempunyai rasa malu. (Akhlak lelaki muslim juga seharusnya begini). Sebaliknya akhlak wanita non-muslimah dan wanita jahiliah berdandan tanpa batas dan tanpa aturan moral.
                Erti berdandan di sini ialah: Membiarkan anggota aurat tubuh terbuka dan tampak bebas dilihat oleh mata.
                Ilustrasi  makna tabaruj yang dilakukan oleh wanita jahiliah dahulu menurut para ulama tafsir iaitu:
  • 1.       Bercampur dengan lelaki
  • 2.       Berjalan melenggang-lenggokkan tubuh dan genit
  • 3.       Mengenakan tudung tetapi tetap menampakkan aurat dan kecantikan tubuh-badannya.
Wanita-wanita pada zaman ini ramai yang melakukan tabarruj ini sama dengan wanita-wanita jahiliah pertama dahulu sebelum datangnya Islam.
Tabarruj Pada Pandangan Ulama-ulama Lain
                Tabarruj pada pandangan ulama-ulama yang lain pula ialah:
Syeikh Az-Zamakhsyari: Hakikat tabarruj ialah sengaja menampakkan apa yang seharusnya ditutup. Untuk wanita, yang dimaksud tabarruj wanita ialah wanita yang menampakkan perhiasan dan kecantikannya kepada lelaki yang bukan mahram.
Mujahid: Maksud tabarruj ialah, “Wanita yang keluar dari rumahnya berjalan di tengah kumpulan lelaki.”
Qatadah: Yang dimaksudkan dengan tabarruj ialah, “Jalan berlenggang-lenggok dan genit.”
Muqatil: “Tabarruj ertinya mengenakan  tudung penutup kepala tetapi tidak merapatkannya sehingga menampakkan kalungnya, anting-antingnya dan lehernya.”
Agar Tidak Disebut Tabarruj Jahiliah Yang Pertama
                Agar tidak disebut wanita mutabarrijah (wanita yang bertabarruj), wanita muslimah hendaklah melakukan hal-hal di bawah ini:
  • a)     Menundukkan pandangan. (Lelaki juga harus begini). Firman Allah SWT, “Katakanlah kepada wanita beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya.” (An-Nur: 31).
  • b)      Tidak bergaul dengan lelaki layaknya satu jenis, sebagaimana yang terlihat di filem-filem, di university, tempat-tempat pertemuan dan kenderaan-kenderaan umum pada masa sekarang.
  • c)       Pakaian yang dkenakan sesuai dengan syariat Islam iaitu:
a.       Menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.
b.      Tidak nipis atau pendek sehingga menampakkan kulit di balik pakaian.
c.       Tidak ketat-walaupun ianya tebal-sehingga menampakkan lekuk-lekuk tubuhnya, sebagaimana yang dikenakan wanita-wanita Barat saat ini. Pakaian mereka tidaklah nipis tetapi ketat sehingga menampakkan hamper semua bahagian tubuh mereka. Seakan mereka telanjang bulat. Pakaian seumpama ini lebih menimbulkan fitnah daripada pakaian yang nipis dan pendek.
d.      Tidak mengenakan baju dan celana lelaki seperti yang suka dilakukan oleh wanita zaman sekarang. Rasulullah melaknat lelaki dan wanita yang menyerupai lawan jenisnya.
e.      Tidak mengenakan pakaian khusus orang-orang kafir, Yahudi dan penyembah patung.
  • d)      Hendaklah menjaga kewibawaannya, tenang dalam berjalan dan bersahaja dalam berbicara. Tidak dengan ‘sengaja’ menarik perhatian kaum lelaki dengan minyak wangi atau (sengaja melunak-lunakkan) suara. Wanita pada zaman jahiliah suka menarik perhatian lelaki dengan membunyikan gelang kaki yang dipakainya. Perbuatan ini haram sebagaimana dalam firman-Nya kerana ia membuatkan lelaki gelisah dengan khayalannya. Perbuatan ini juga menunjukkan wanita itu mempunyai niat buruk sengaja memancing ghairah seksual lelaki.
 k          karya asal:www.sebarkanbahagia.blogspot.com.

Karier Wanita Dalam Fiqih al-Qaradhawi...







Karier Wanita dalam Fiqih al-Qaradhawi

Dr Yusuf al-Qaradhawi ditanya:
“Apa hukum wanita bekerja? Iaitu bekerja di luar rumah sebagaimana lelaki? Bolehkah wanita berkerjaya? Bukankah kewajipan wanita berada di  dalam rumahnya?”
Syeikh al-Qaradhawi menjawab:

Allah Memberi Tanggung Jawab Kepada Manusia dengan Kerja (Amal)

                Wanita adalah manusia sebagaimana lelaki. Lelaki sebahagian daripada wanita dan wanita sebahagian daripada lelaki. Sebagaimana firman Allah SWT, “Sebahagian kamu adalah keturunan daripada  sebahagian yang lain.” (Ali Imran: 195).
                Allah menciptakan manusia untuk bekerja, bahkan Dia ingin tahu siapa yang membuat kerja (amal) secara terbaik. “Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) “ (Surah al-Mulk, ayat 2).

Keperluan Ummah dan Dunia Kepada Tenaga Wanita

                Wanita sebagaimana lelaki dibebani untuk bekerja (amal). Dan kerja yang dilakukan dengan terbaik akan memperolehi hasil terbaik. Firman Allah SWT, “Rab (Tuhan) mereka memperkenankan (permohonan) mereka (dan Allah berfirman): “Aku (Allah) tidak akan mempersiakan amalan orang yang beramal di kalangan kamu, baik lelaki mahupun perempuan; sebahagian kamu berasal daripada sebahagian yang lain.”
                Wanita sebagaimana yang dikatakan selalu adalah sebahagian daripada komuniti manusia. Tidak boleh dibayangkan bagaimana Islam kehilangan sebahagian dari komunitinya (jika semua wanita tidak berkerja), lalu dinyatakan sebagai agama yang jumud dan stagnan (‘down’, terhenti, membosankan), yang hanya mengambil dari kehidupan tetapi tidak memberi kepada kehidupan, hanya mengkomsumsi (menjadi pengguna) akan tetapi tidak berproduksi (menjadi pengeluar).
Fiqh Prioriti: Mendidik Generasi Adalah Kerja Utama Wanita
                Pekerjaan wanita yang pertama dan utama adalah mendidik para generasi. Allah SWT telah menyiapkan jiwa dan fizikal wanita untuk melakukan tugas ini. Kerana itu, sebaik-baiknya kita hendaklah tidak menyibukkan wanita dengan kesibukan lain, sehingga memalingkan wanita dari tugas mulia ini. Tidak seorangpun mampu menggantikan kedudukan wanita dalam tugas mulia ini. Di tangannyalah bergantung kehidupan umat manusia.
                Moga rahmat Allah tercurah kepada al-Hafiz Ibrahim yang telah bersyair:
Ibu adalah madrasah (sekolah), jika engkau mempersiapkannya
Beerti engkau telah mempersiapkan bangsa yang hebat dan kuat.
                Pekerjaan utama tersebut ialah tugasnya menguruskan rumah tangga, membantu suaminya, membentuk keluarga bahagia yang tegak di atas kedamaian, kasih sayang dan rahmat. Disebutkan dalam ssatu riwayat bahawa pekerjaan terbaik wanita adalah menyiapkan keperluan suaminya untuk pergi berjihad.

Hukum Mengharuskan Wanita Keluar Berkerja

                Huraian di atas tidak bermakna haram bagi wanita berkerja di luar rumah. Hukum haram hanya boleh ditetapkan dengan nas sahih dan jelas maknanya. Sebagaimana diketahui bahawa, setiap perkara adalah boleh hukumnya kecuali ada dalil yang mengharamkannya.
                Maka, pada dasarnya ‘boleh’ bagi wanita untuk berkarier. Dalam keadaan-keadaan tertentu, ia boleh menjadi dianjurkan, atau bahkan diwajibkan, jika memang terdesak dengan tuntutan hidup. Contohnya, janda atau wanita yang ditalak dan dia tidak mempunyai hasil pendapatan, sementara itu dia mempunyai kemahiran atau keahlian tertentu untuk digunakan. Dalam konteks ini, bekerja dengan kemahiran atau keahliaannya itu boleh menyelamatkannya daripada hidup meminta-minta.

Contoh Wanita Berkerjaya Dalam Al-Quran dan Hadis

                Kadang kala, keluarga yang memerlukan tenaga wanita berkerja, seperti membantu pekerjaan suaminya, mendidik anaknya atau saudara perempuan yang masih kecil atau membantu orang tuanya sebagaimana yang diceritakan dalam Surah al-Qashash tentang dua anak gadis yang membantu orang tuanya yang sudah lanjut usia dalam menggembalakan kambingnya.
Firman Allah SWT, “Dan tatkala ia sampai di sumber air negeri Mad-yan ia menjumpai di sana sekumpulan orang yang sedang meminumkan (ternaknya), dan ia men- jumpai di belakang orang banyak itu, dua orang wanita yang sedang menghambat (ternaknya). Musa berkata: “Apakah maksudmu (dengan berbuat at begitu)?” kedua wanita itu menjawab: “Kami tidak dapat meminumkan (ternak kami), sebelum pengembala-pengembala itu memulangkan (ternaknya), sedang bapak kami adalah orang tua yang Telah lanjut umurnya”.
Riwayat lain juga menyebutkan bahawa Asma’ binti Abu Bakar-pemilik dua ikat pinggang (Dzatil Nitaqain)- berkerja membantu suaminya Zubair bin al-Awwam dalam merawat kuda-kudanya, menggiling bijian lalu ditiriskan. Asma’ membawa gilingan bijian-bijian tersebut dari kebunnya yang jaraknya sangat jauh dari Kota Madinah.
Ummul Mukminin, Zainab binti Jahsy mahir menyamak kulit, memintal serta menenun kain sutera, hasilnya dijual di pasar dan disedekahkan. Itulah kerjaya Zainab yang menguatkan sumber ekonominya hinggakan beliau mempunyai keistimewaan sebagai seseorang yang banyak bersedekah. Lalu, mendapat julukan ‘panjang tangan’ (bermaksud banyak bersedekah) oleh Rasulullah SAW.

Keperluan Masyarakat Kepada Doktor Wanita, Jururawat, Guru Wanita dan Sebagainya

                Kadang-kadang juga masyarakat sendiri yang memerlukan tenaga wanita seperti doktor wanita, atau jururawat wanita atau guru wanita dan pekerjaan seumpamanya yang secara khusus lebih mahir dikerjakan oleh wanita. Paling ideal, wanita bekerja dengan kaum wanita, dan tidak dengan kaum lelaki, kecuali kerana keperluan mendesak yang mengharuskan wanita hadir dalam pekerjaan tersebut.
Syarat-syarat dan Batasan-batasan Wanita dalam Berkarier
1.       Pekerjaan tersebut memang disyariatkan. Ertinya bukan pekerjaan haram atau membawa kepada perkara haram seperti:
a.       Teman sosial kepada lelaki
b.      Setiausaha kepada pengarah yang memerlukannya duduk seruangan dengannya (biasanya di pejabat-pejabat, S/U selalu berdua-duaan dengan pengarah. Saya kagumi cara Syarikat Telaga Biru Sdn Bhd yang melantik setiausaha bagi pengarah iaitu seorang wanita yang mempunyai pertalian darah).
c.       Penari
d.      Pelayan bar yang menyediakan minuman keras yang dilaknat oleh Rasulullah SAW penuangnya, pembawa dan penjualnya
e.      Pramugari yang memerlukannya sentiasa tersenyum menyambut penumpang atau sering melakukan perjalanan jauh tanpa mahram, dan yang memerlukannya duduk sendirian di negara orang lain.
f.        Dan lain-lain pekerjaan yang diharamkan Islam bagi wanita apatah lagi pekerjaan yang diharamkan bagi lelaki dan wanita.

2.       Menjaga adab wanita muslimah saat keluar rumah dengan menjaga cara berpakaian, berjalan, berbicara, bahkan bergerak. Allah SWT berfirman, “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup  dada (juyub[1]) dengan tudung kepala mereka (khimar);

3.       Pekerjaan itu tidak sampai melalaikan kewajipan utamanya, seperti kewajipan mengurus suami dan anak-anaknya. Sebab itulah pekerjaan dan kewajipan yang paling utama seorang wanita.

Saranan Al-Qaradhawi Buat Pemerintah

1.       Pemerintah hendaklah menyiapkan sesuatu berupa Undang-undang Tenaga Kerja dan saranan pekerjaan bagi para wanita ketika keperluan mendesaknya berkerja untuk dirinya, keluarganya atau masyarakatnya. Persiapan ini penting dilakukan agar harga diri wanita tidak tergadai atau tidak mengacau kewajiban rumah tangga.

2.       Pemerintah hendaklah membuat peraturan yang memudahkan peranan serta memudahkan wanita ini, misalnya separuh kerja dengan separuh upah. Seperti kerja 3 hari dalam seminggu dan upah disesuaikan dengan hari kerjanya. Contoh lainnya adalah seperti adanya undang-undang cuti menikah, melahirkan atau peraturan khusus bagi ibu menyusu. (Alhamdulillah sebahagiannya telah dinikmati oleh wanita di Malaysia).

3.       Pemerintah harus mempersiapkan sekolah agama, sekolah umum dan universiti khusus untuk kaum wanita, sehingga kaum wanita mempunyai  peluang berolah raga dan melakukan aktiviti lain yang menyihatkan.

4.       Menyediakan bahagian dan tempat khusus bagi wanita yang berkerja di pemerintahan, yayasan, atau bank sehingga menghindarkan terjadinya fitnah, serta fasiliti-fasiliti lain yang disesuaikan dengan keperluan[2].

Karya asal:www.sebarkanbahagia.blogspot.com