Ahad, 6 November 2011

raya pertama...eiduladha 1432H..

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh…

Salam eiduladha 1432H…

ALLAHU AKBAR!ALLAHU AKBAR!ALLAHU AKBAR!WALILLAHIHAMD..

Alhamdulillah,syukur ke hadrat illahi,kerana dengan limpah dan inayahNYA kita masih lagi di beri peluang untuk merasai nikmat iman dan taqwa..dan juga diberikan pinjaman nyawa kepada kita..Alhamdulillah,setelah membuat keputusan pagi tadi kami telah menunaikan solat raya di masjid kabir,mafraq..keputusan di ambil kerana kami ingin mengambil peluang terakhir untuk solat raya bersama-sama dengan masyarakat arab dan mendengar khutbah arab..alhamdulillah sangat teruja dan bersemangat mendengar khutbah yang disampaikan oleh imam dengan penuh nada suara yang bersemangat dan penuh makna,solat bermula jam 6.45am.ramai kaum hawa memenuhi ruang solat wanita,nampak meriah!subhanallah!

Dengan penuh khusyuk mendengar khutbah imam dan cuba memahami isi kandungan khutbah,antara point yang di ingati imam berpesan supaya sentiasa lah kita berdoa untuk seluruh umat islam samada keluarga,jiran,sanak saudara mahupun umat islam lain yang berbeza kulit,bahasa dan negara,tetapi atas dasar kesatuan aqidah lah yang telah menyatukan kita.uniknya khutbah disini pada pengakhiran khutbahnya,imam memberikan peringatan khusus untuk kaum hawa,subhanallah!!antaranya imam memesan “ya abnaul khadijah!,ya abnaul aisyah!ya abnaul hafsah!”ikutilah dan contohilah akhlaq peribadi mulia saidatina khadijah rodiallahuanha dan saidatina hafsah rodiallahuanha kerana kamu adalah anak-anak khadijah!anak-anak aisyah!dan anak-anak hafsah! jauhilah dirimu daripada menjadi fitnah kepada keluarga,masyarakat dan agama..semoga dengan khutbah ini,dapat memberi peringatan kepada kita khususnya kamu HAWA agar menjadi wanita yang solehah di akhir zaman ini yang penuh mencabar..allahumma amiiinnn…akhir khutbah pagi imam memberi peringtan supaya “tahsin qalb,ikhlas,yakin dan tawakkal ilallah,taat kepada Allah serta buangkan sifat-sifat mazmumah,dengki..dan perbanyakkan doa kepada umat islam di palestin,iraq,yaman dan lain-lain.tepat jam 7.24am tamat sudah khutbah tadi yang bermula pada jam 7.00am.

Kami pulang ke rumah,dan menjamah menu raya hari ini yang tidak seberapa dari perantuan,semoga semangat pengorbanan dengan mengambil iktibar kisah nabi ibrahim a.s bersama anak baginda nabi ismail a.s terus,dan terus bersemangat dalam apa jua amal kebaikan..moga ia menjadi istiqomah dan bernilai ibadah..jangan kita mempersoalkan pengorbanan oranglain,sedangkan pengorbanan kita lakukan belum tentu Allah terima..maka lihatlah maksud pengorbanan itu dari aspek yang luas dan positif,insya ALLAH…moga2 kita bersama mendapat natijah baik disisi ALLAH..ameen.


 
Menu kami hari raya pertama [eiduladha]…kuah kacang+ketupat+rendang






10 zulhijjah 1432H,
Bayt Kauthar,hamra’
Mafraq..06112011
Abu mujahid&ummu mujahid..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan