Khamis, 10 November 2011

Kenali syeikhah ana...ummu Muhammad

Bismillah,
 
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh…

Selawat serta salam atas junjungan besar habibana Muhammad s.a.w ,kaum kerabat baginda,serta sahabat-sahabat baginda..Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah…hari ini allah takdirkan ana berpeluang untuk menziarahi “syeikhah quran”ana  iaitu ustazah ummu muhammad, setelah sekian lama ana tidak menziarahi beliau,seingat ana ini ziarah kali ketiga ,kali pertama dan kedua sewaktu kami 1 batch 07 menziarahi beliau di rumahnya..kebetulan bersempena denga eiduladha kali ini yang merupakan raya terakhir buat kami bermusafir di sini..perancangan ana untuk menziarahi ustazah adalah untuk menjengok beliau,mungkin dengan hanya bertanya khabar di handphone tidak mencukupi tanpa melihat batang tubuh ustazah di depan mata,Alhamdulillah sempena dengan cuti dalam 9 hari ini,ana ingin mengambil peluang keemasan itu untuk bertemu,berbual dengan ustazah..dan yang paling penting bagi ana ialah ingin koreksi atau kenal ustazah dengan lebih dekat..
Alhamdulillah hampir 1jam setengah lebih kurang kami berbual,bertanya khabar,meminta tasyji’ (semangat) serta nasihat daripada ustazah..alhamdulillah  dikesempatan ini,ana ingin melakarkan ianya disini sebagai satu ibrah,khibroh,dan  zikra bagi diri ana malah satu suntikan semangat yang baru untuk terus melangkah dan mengambil peluang sebaik mungkin sebelum pulang ke Malaysia..
Sedikit biodata mengenai ustazah ana,nama panggilan UMMU MUHAMMAD kerana anak pertama beliau bernama Muhammad. Beliau seorang janda,suaminya telah meninggal dunia.Beliau mempunyai 4orang cahaya mata,1 putera dan 3 puteri.Pasangan kembarnya ialah saba’ beliau  bekerja sebagai guru matametik di sebuah sekolah di mafraq,ketiga Fatimah masih belajar dalam bidang kimia dan hawazin keempat bekerja di makmal  di mafraq.Beliau adalah guru tajwid ana sewaktu belajar di markaz al-quran cawangan mafraq pada tahun 1 yang lalu.Beliau merupakan ketua di markaz ana mengaji dan ketua bahagian Tilawah,tugasan dibawah lajnah ustazah merangkumi unit peperiksaan,pembahgian pengajian dengan syeikhah dan sebagainya,yang merupakan markaz utama mafraq.
Menariknya ustazah seorang berkelulusan ijazah di university urduniyyah,Jordan dalam jurusan sains dan biologi..dan sebelum bergerak aktif dalam bidang pengajian al-quran ustazah pernah bekerja sebagai guru biologi di sekolah menengah di sini.setelah itu pada umur beliau 43thn xsilap ustazah mula mempelajari dalam bidang pengajian al-quran ,apabila ana bertanya kepada beliau bagaimana ustazah boleh terbuka hati ingin belajar dalam bidang ini?ustazah menjawab..”hidayah minallah”.. Pada permulaan kami bertemu,badan ustazah nampak susuk,apabila ana tanya,ustazah kenapa ustazah nampak kurus?ustazah menjawab,bijak awak muneerah,pemerhatian awak sampai boleh cam saya kurus walaupun lama tidak berjumpa,dalam hati ana sedikit takut,kalau-kalau ustazah ana sakit sehingga menjadi kurus,tapi Alhamdulillah lega mendengar penjelasan ustazah yang mengatakan “ana diet lah muneerah,sebab ana ingin menjaga kesihatan daripada penyakit kencing manis,sebab ada  adik beradik ana ada yang mengidap penyakit itu,dan ana takut terjadi pada diri ana,sebab itu ana diet muneerah”..kata ustazah “menjauhi penyakit lebih baik daripada mengubatinya”..
Keluarga ustazah berasal daripada negara “hijaz”(mekah dan madinah)daripada pemerintahan Raja Abdullah(Raja jordan yang pertama) “Revolusi Arab Hijazi yang Terbesar”pada tahun 1916, datuk dan nenek ustazah adalah orang yang bersama-sama yang menjadi pengikut Raja Abdullah ketika itu  yang berhijrah ke Syria dan kemudian ke Jordan semasa,teringat ana pada subjek “Pendidikan Negara Jordan” pada semestar ini,yang telah disyarahkan oleh pensyarah Dr.hani dalam kuliah.Beliau juga seorang “hafizatul quran” pada usia 50tahun ustazah mula menghafaz al-quran kata ustazah: “menghafal al-quran tiada had umur”,Subhanallah!terkejut dan masya allah alaiha walaupun umur sudah semakin lanjut namun ustazah mampu menghafaznya.Paling ana memeranjatkan ana apabila ana bertanya berapa lama ustazah hafal al-quran?ustazah menjawab: “ 2 BULAN..”3hari tasmi’ dalam 1 minggu,sekali tasmi’ 1 juzuk,setengah dan ada kalanya sedikit sahaja.Masya allah alaiki,ustazah berkata “Alhamdulillah kullu minallah..rezeki daripada Allah”..
Umur ustazah sekarang 54 tahun,ustazah turut berkongsi sedikit teknik untuk “thabitkan hifiz” iaitu kuatkan hafalan antaranya yang ustazah amalkan ialah:
- Membaca hafalan kita dalam SOLAT iaitu dalam solat 5 waktu,paling berkesan kata ustazah.
-Membaca hafalan dalam solat TERAWIH,bulan ramdhan.
-Mengulang dalam bulan ramadhan,pulun sungguh-sungguh.sampaikan ustazah kurang keluar rumah semata-mata untuk mengulang al-quran sehingga ingat.
-WAJIB mengulang hari-hari,walaupun sedikit.
Ustazah juga merupakan antara 5 muslimah yang terawal yang membangunkan markaz al-quran cawangan di mafraq dengan membuat pembaharuan dari segi peraturan seperti pembahagian tugas,mengamalkan sistem musyawarah dan syura dalam kelancaran pengajian di markaz.Ingin ana menyebutnya nama panggilan mereka disini,walaupun ana masih tidak berpeluang untuk bertemu dengan mereka,impian ana moga-moga ana dapat berjumpa dengan mereka sebelum pulang ke Malaysia,insha allah,ameen.mereka ialah:
-UMMU IZZ,beliau adalah guru yang mengajar ustazah balqis di markaz,tapi tidak men’ ijazahkan pada ustazah.Sekarang beliau bersara daripada mengajar,berusia lebih kurang 60tahun.
-UMMU UMAR,beliau merupakan KETUA bagi markaz-markaz di mafraq.Beliau telah menghafaz qiraat 10 secara hadhir bukan dengan hafalan(ghoibi).Di bumi mafraq dialah seorang muslimah yang paling banyak menpelajari qiraat.Beliau tinggal di kampung “syuwaykeh” di mafraq.Kini beliau masih berkhidmat di markaz al-quran cawangan mafraq di syuwaykeh.
-UMMU BASSAM,beliau adalah guru tasmi’ quran ustazah balqis,juga”hafizatul quran” menghafal quran ketika umur semakin lanjut.Kini beliau masih berkhidmat di markaz al-quran cawangan mafraq.
-UMMU MUHAMMAD,iaitu ustazah balqis.Mempelajari 4qiraat termasuk qiraat hafs(qiraat nafi’,kisaiee dan abu ja’far)Sekarang menyambung pengajian bidang al-quran Ma’ahad al-quran di AMMAN,ma’ahad ini adalah dibawah markaz al-quran yang berpusat di AMMAN.Menariknya di Ma’had tersebut,mengumpulkan Syeikh yang masyhur daripada Saudi,Syria,mesir dan lain-lain lagi ,diantara syarat kemasukan di Ma’ahad tersebut ialah Muslim,ada ijazah di markaz quran disini,hamlatul quran,berumur tidak kurang daripada 18tahun.Ustazah merupakan orang yang terpilih diantara 10orang muslimat arab yang menjalani ujian hafazan tahriri 30juzuk.Insha allah ustazah bakal grad pada bulan 4 atau 5 tahun 2012 tengok pada keadaan,kerana lazimnya mesti lulus setiap mustawa(peringkat) dengan jam kredit lebih kurang 100 keatas.Ustazah juga menyatakan impiannya untuk mempelajari qiraat 10 secara ghiabi dengan syuyukh di ma’ahad di AMMAN.
-UMMU BAROAH ZUYUD,beliau juga adalah tenaga pengajar markaz quran di mafraq.
# 4 buah markaz quran cawangan di MAFRAQ:
-Markaz aminah =Di hay janubi
-Markaz nisaiyyah=Di tengah balad
-Markaz uthman =Di syuwaykeh
-Markaz aisyah
#Jawankuasa INDUK jamiyyah muhafazah quran MAFRAQ:
-UMMU UMUR-Ketua
-UMMU MUHAMMAD-Lajnah Tilawah.
-UMMU BAROAH khaldah -Bahagian kewangan
-UMMU YUSUF-Bahagian ahali
-UMMU BAROAH a’ajluni-Bahagian pejabat
Dalam perbualan kami,ana juga menyelitkan dengan mengajukan soalan berkenaan dengan bagaimana dengan “gaji bulanan” ustazah?ustazah menjawab:insha allah gaji daripada ALLAH,insha allah..kata ustazah tidak penting baginya wang yang banyak pada usia ana sekarang sudah mencukupi apa yang ana ada,sebab ana dah berumur dan perlu fokuskan dalam melakukan amal kebajikan.Ustazah juga menaruh impian ingin mengadakan pengajian melalui “internet” khususnya untuk pelajar-pelajar Malaysia yang sudah pulang ke Malaysia yang ingin menyambung pengajian dengan ustazah,subhanallah ustazah!besar impian.ustazah kata,tidak mustahil untuk melakukannya,asalkan berusaha,insha allah..
Akhir kata,ciri-ciri akhlak yang boleh dijadikan sumber kekuatan bagi diri ana ialah,kalau usaha kuat dan bersungguh-sungguh untuk ingat hafalan quran insha allah,allah akan bantu.kerana kalau hendak di bandingkan umur ustazah dengan ana jauh lebih jauh,umur ustazah hampir sebaya dengan mak mertua ana,sepatutnya ana malu kepada ustazah kerana masih tidak mampu untuk mengingati hafalan quran walaupun umur ana masih muda,orang kata orang muda otak dan badan masih lagi kuat,berbanding dengan ustazah.Doakan anakmuridmu ini mampu membawa al-quran malah mempraktikkannya dalam kehidupan untuk bekalan hidup di dunia dan di akhirat,amen.

08112011-ziarah di umah ustazah,
10112011,ummu mujahid
Bayt Kauthar,hamra’..
Mafraq..

2 ulasan:

  1. ustazah, jam'iyyah, maqlubah, mafraq, khulud, 'Arayis, ....
    semuanya dirindui
    semoga Allah memberkati syeikhah kami yang sangat2 ikhlas mendidik kami..

    BalasPadam