Sabtu, 25 Februari 2012


PENGENALAN ILMU USULUDDIN

Ilmu usuluddin ialah ilmu yang berkaitan dengan dua sumber yang utama dan penting iaitu AL-QURAN dan AL-SUNNAH kerana ia merupakan sebagai panduan dan pegangan bagi seorang yang bergelar ISLAM.Secara khususnya,di Fakulti Usuluddin,Universiti Al alBayt ini  memberi fokus kepada ilmu-ilmu yang berkaitan dengan:

1)      Ilmu Tafsir
2)      Ilmu Hadith
3)       Ilmu Aqidah
4)       Ilmu Perbandingan Agama

Secara amnya,ada lagi subjek yang di pelajari seperti Sirah Nabawiyyah,Usul Dakwah,Qosos Anbiya’,Ulum Quran,Mazahib Aqdiyyah dan lain-lain,namun empat subjek diatas merupakan tunjang utama dalam fakulti Usuluddin.


 
ILMU TAFSIR

PENGENALAN ILMU TAFSIR 

Ilmu tafsir merupakan ilmu menerangkan tentang terjemahan ayat-ayat quran secara menyeluruh yang secara amnya meliputi:

1)      Maksud perkataan ( Ma’aani mufradaat )
2)      I’roob ( pada kalimah )
3)      Balaghah ( pada ayat atau kalimah )
4)       Sebab-sebab turun ayat ( Asbabul nuzul )
5)       Penerangan setiap ayat quran
6)       Perkaitan antara setiap ayat ( Munasabah )

 Menariknya pembelajaran tafsir ini bukan hanya tertumpu pada satu nama pengarang kitab-kitab tafsir sahaja malah beberapa kitab tafsir yang lain seperti:

1)     Tafsir Tahriir wattanweer-oleh Ibnu A’asyuur
2)     Tafsir al-muneer- oleh wahbah zuhaili
3)     Tafsir Zamakhsyari
4)     Tafsir Zilalul quran – oleh Syed Qutb

Antara subjek yang dapat di pelajari dalam bidang ilmu tafsir ialah:

1)      Tafsir 1 ( Surah anfaal )
2)      Tafsir 2 ( Surah annur )
3)      Tafsir Ayat Ahkam
4)      Tafsir Maudhui

KEPENTINGAN ILMU TAFSIR  

# Secara amnya:

1)      Mengetahui sebab-sebab atau sejarah penurunan setiap ayat quran

2)      Mempelajari kesinambungan antara ayat dengan ayat selepasnya dan sebab munasabahnya

3)      Dapat mempelajari juga sebab-sebab setiap struktur atau tempat kalimah pada setiap ayat di letakkan ( dalam bentuk penggunaan feel mudhori’,feel madhi,kalimah ta kid,dll
Contoh:-
# Kenapa ayat tersebut di hujungnya di letakkan kalimah feel mudhori’,kenapa tidak feel amar?
# Kenapa di akhir ayat tersebut menggunakan kalimah ‘kafiruun’ kenapa tidak ‘kafiriin’?

4)     Merupakan sumber pertama bagi umat ISLAM yang sangat penting untuk mempelajari dan mengkajinya,dan ia merupakan hujjah kepada orang kafir dalam mempertahankan kebenaran tentang ISLAM yang telah di palsukan dan di tokok tambah

5)     Menceritakan tentang kisah-kisah para Anbiya’ dengan kaum baginda,isteri-isteri baginda,para sahabat,akhlak orang munafiq,kafir,mukminin,hukuman dan azab daripada Allah yang ingkar pada suruhanNYA,surah makkiyyah dan madaniyyah serta banyak lagi yang semestinya memberi i’tibar,pengajaran,peringatan,kekuatan dan lain-lain kepada kita

6)       Mu’jizat kepada Nabi Muhammad s.a.w daripada Allah,yang tidak akan mampu di palsukan oleh sesiapa pun,dan orang tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun untuk meniru KALAMULLAH.

ILMU HADITH 


PENGENALAN ILMU HADITH 

* Hadith ialah apa yang di sandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dalam 4 aspek:

1)      Perkataan
2)     Perbuatan
3)     Taqreer ( terkecuali daripada perbuatan dan perkataan,contoh: diam )
4)      Sifat ( rupa bentuk dan akhlak/sikap )

Antara subjek yang di pelajari dalam bidang ilmu hadith ialah:

1)      Hadith 1 ( hadith 40- Imam nawawi )
2)      Hadith 2
3)      Hadith Ahkam
4)      Hadith Maudhui
5)      Usul/Ulum Hadith
6)      Takhrij Hadith
7)      Manahij Muhaddithin

Kepentingan ilmu hadith: 

# Secara amnya:

1)      Mempelajari asas-asas ilmu hadith dan dapat membezakan antara hadith Marfu’,Mauquuf,Maqthu’,Qudsi dan lain-lain

2)      Mengetahui kepentingan tentang biodata ( perawi-perawi hadith,nama guru,nama anak murid,tahun lahir,tahun wafat,hukum ulama’-ulama’ pada perawi ) supaya dapat mengetahui status kesohihan sesuatu hadith,samada sohih,dhoif,atau di reka dan lain-lain

3)     Mengenal dengan lebih dekat ulama’-ulama’ hadith yang tersohor dahulu dan terkemudian serta kitab-kitab terbitan mereka,serta sikap kejuhudan mereka dalam menjaga kesucian hadith Nabi dengan menghafal,amal,mengajar kepada seberapa ramai anak murid mereka dan menulis balik hadith Nabi dengan membukunya

4)     Membentuk sikap mengkaji sesuatu hadith dahulu sebelum bertindak menghukumkan dalam sesuatu hadith

5)     Berhati-hati dalam menilai sesuatu hadith yang di amalkan oleh masyarakat sekarang serta perlu mengetahui dan memahami secara betul maksud dan fungsi hadith dhoif,tipu,di reka/palsu,-hadith yang biasa menjadi “kekhilafan dan perbalahan antara kumpulan dengan kumpulan yang lain”

6)     Disiplin ilmu dan cermat ulama’ dalam meletakkan seseorang perawi pada tempat atau peringkat mengikut syarat-syaratnya-membentuk sikap teliti dalam menilai sesuatu dan meletakkan pada tempatnya(betul)

7)     Merupakan sumber kedua kepada umat ISLAM dengan mempertahankan kesucian dan kebenaran hadith Nabi daripada di palsukan sewenang-wenangnya oleh orang kafir,musyriq,syiah dan lain-lain

8)      Mengetahui serta dapat membudayakan hadith Nabi dalam kehidupan harian serta dalam menyelesaikan masalah ummat (didikan,teknik penyelesaian nabi dalam sesuatu masalah  dll)


ILMU AQIDAH 


PENGENALAN ILMU AQIDAH

Aqidah ialah pegangan agama untuk menolak hujjah dan syubhah,dan ilmu aqidah  ini berkaitan dengan:

# Secara amnya:

1)      Ketuhanan
2)      Sifat-sifat Allah,Dalil Naqli dan Aqli sesuatu sifat
3)       Rukun Iman
4)      Mu’zijat
5)      Syurga dan Neraka
Dan lain-lain yang tak dapat disebut kesemuanya.

Antara subjek yang dipelajari dalam bidang ilmu aqidah:
1)      Aqidah 1
2)      Aqidah 2


 KEPENTINGAN ILMU AQIDAH 

#Antaranya:

1)      Membentuk keyakinan dan keimanan yang kuat kepada Allah

2)      Merupakan tunjang utama bagi umat ISLAM dalam mentauhidkan Allah 

3)      Mengenal sifat-sifat Allah dengan lebih mendalam serta mengetahui dengan dalil quran yang merupakan hujjah kepada kuffar

4)      Memperteguhkan sistem kepercayaan dan keimanan kepada agama yang dianuti iaitu agama ISLAM dengan sebenar-benarnya

5)      Dapat melawan dakyah dan rekaan palsu orang kafir,dll yang menghina Allah dan Rasul



ILMU PERBANDINGAN AGAMA 


PENGENALAN ILMU PERBANDINGAN AGAMA

Ilmu perbandingan agama merupakan ilmu yang berkaitan dengan:

#Secara umumnya:

1)      Agama lain selain islam ( samawiyyah atau bukan samawiyyah )
2)      Sejarah agama selain islam
3)      Perbezaan antara aqidah setiap agama

 Subjek yang dipelajari:

1)      Dirosat Adyan


KEPENTINGAN ILMU PERBANDINGAN AGAMA  


1)      Untuk menyeru dan menarik orang kafir mahu masuk agama ISLAM

2)      Dapat melawan rekaan palsu dan fitnah kepada kesucian agama ISLAM dan menolak hujjah sesat mereka

3)      Mengetahui sejarah dan punca berlaku dan berputiknya agama lain




APLIKASI ILMU-ILMU DIATAS DALAM KEHIDUPAN 

Dengan ilmu –ilmu diatas cuba untuk memahami dengan kefahaman yang benar dan secara ilmiah demi mendepani dunia yang penuh dugaan dan cabaran.

 
RUJUKAN: 

1)      Tafsir Muneer- DR WAHBAH ZUHAILI
2)      Aqidah Islamiyyah-DR QOHTHON ABDUL RAHMAN ADDUURI
3)      Al Mufid Fi Taq’ed Ulum Hadith-DR ALI AJIN


ummu mujahid,
25022012,
Bayt Kauthar,
Hamra',Mafraq..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan