Jumaat, 15 Jun 2012

 ~ MANDII JORDAN ~

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh…

Alhamdulillah wa syukur lillah,kerana masih di beri kesempatan dan peluang untuk bernafas dan meneruskan hidup di atas muka bumi Allah ini,selawat serta salam keatas junjungan besar habibana Muhammad s.a.w keluarga serta sahabat-sahabat baginda…

Alhamdulillah,menghitung hari untuk kembali ke tanah air,setelah sekian lama bermusafir di bumi syam yang sungguh indah.Hari ni berkesempatan untuk mencuba menu yang kali pertama cuba masak sendiri walau sebelum ni,menikmati nasi mandii di mat’am (restoran) arab sahaja.Rasa sangat ingin mencuba masak sendiri,setelah jatuh cinta dengan “masakan yang tersangat sedap dan lazat merasai masakan nasi Mandii di MAT’AM BABUL YAMAN di AMMAN”,tambah lagi semakin hampir waktu untuk pulang ke Malaysia in sya Allah semestinya kena tahu dan mahir masak nasi arab yang masyhur di Jordan,nanti balik akan masak untuk keluarga di Kelantan dan Terengganu…

HADIAH BUAT ABANG

Sujud syukur ku panjatkan pada ilahi,kerana pada hari selasa 12 Jun 2012 abang lulus bagi peperiksaan hafazan bagi tilawah 3,cemas juga menunggu keputusan peperiksaan abang,hanya doaku mengiringimu ketika abang sedang dalam peperiksaan.TAHNIAH ABANG!semoga kejayaan ini membawa kita semakin dekat denganNYA dan mendapat keredhaan dan keberkatanNYA,amin.Dan hari ini,ku hadiahkan masakan istimewa untukmu abang..Terimalah..:)

 ~ Menu kami hari rabu 13 Jun 2012,nasi mandii serta syurbah khudoor ~
~ Cubaan kali pertama,Alhamdulillah abang kata sedap;P ~
In sya Allah akan mencuba menu nasi arab lain pula,sebelum pulang ke tanah air.Rempah Mandii ni ana beli di kedai rempah yang paling sedap di Mafraq,iaitu kedai “MALIKUL BAHRAAT” dekat jalan jerash,kebetulan hari rabu 13 Jun 2012 pergi beli di sana dan baru dapat tahu yang tuan kedai ni rupa-rupanya ABU UMAR suami kepada UMMU UMAR,yang dengannya ada 15 qiraat tak silap ana lah,dan merupakan ketua jamiyyah di markaz quran di kampung Syuwaikeh,Mafraq.
Semoga hari-hari berbaki di bumi syam dapat kami isi dengan seterbaik mungkin,in sya Allah kita akan bertemu lain di entri selepas ini.Moga sempat menulis dan merakamkan sesuatu di sini sebelum pulang ke tanah air,in sya Allah.amin.

Ummu Mujahid,
15062012 / 25 Rejab 1433H
Bayt Kauthar,Hamra’
Mafraq,Jordan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan