Khamis, 28 Julai 2011

Rindu untuk menjadi tetamu MU lagi…

Bismillah,
Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh…
Sya’aban sudah masuk ke penghujungnya,Ramadhan pula  semakin hampir.Terasa putaran masa sungguh pantas berlalu,namun amalan diri untuk bertemu dgnMU masih belum  mencukupi…Allahumma balighna ramadhan...
Dikala ini,terasa rindu  dan segala kenangan terindah semasa menunaikan haji  dn umrah di haromain(mekah dn madinah)tahun lepas  masih segar dlm ingatan.
Destinasi paling terindah yg pernah di ziarahi,beribadah sambil melancong…Melihat umat Islam datang beramai-ramai,dr usia kanak-kanak ,remaja dn dewasa semuanya berlumba-lumba melakukan sebanyak mungkin ibadah.SUBHANALLAH!!seluruh umat ISLAM berkumpul  dr bbeza bangsa,kulit,keturunan,bahasa,namun SATU TAUHID yg menemukan kami utk berkenalan walaupun hny sebentar waktu utk berbual,namun nilai ukhuwwah SATU TAUHID itu meresap ke dalam hati dan jiwa.Sungguh saya terasa!pengalaman berkenalan dgn org turki,Indonesia,uzbakistan,dan lain2 lagi.
SUBHANALLAH!terasa kagum melihat golongan tua spt: nenek,datuk menunaikan tawaf,berjalan kaki ke tempat melontar wajah mereka tidak nampak langsung keletihana dn merungut namun semangat kental dan kuat terbit dr wajah mereka,saya sgt kagum pd mereka!Sedikt sebanyak telah memotivasikan saya dan suami ketika itu.
Apabila menontot tv memilih pd chanel Saudi-quran ,melihat umat ISLAM telah berkumpul di mekah dan madinah bagi menyambut ramadhan di sana,ya allah…izinkan kami  utk menjadi tetamuMU…moga2 kami di murahkan rezeki utk menjadi tetamu MU lagi,sungguh rindu utk menziarahi maqam habibana Muhammad s.a.w para sahabat,menunaikan solat  di masjid nabawi dan mekah dan lain2.
Semoga segala amalan kta bernilai IBADAH..Ya allah terima lah segala amalan baik kami walaupun sedikit,berilah hidayah dan rahmat kepada kami,amen.
Moga2 ALLAH izinkan kami menjadi tetamu MU lagi,ameen ya rob...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan